Thursday, May 13, 2010

Model Laptop terbaru pilihan hati.

Wah pagi-pagi buta buka tenet dah tinjau-tinjau gambar laptop!! Sesiapa yang sudah memiliki laptop sudah pasti ia adalah barang kesayangan.... Laptop bagaikan kembar yang tak dapat dipisahkan!! bermacam-macam ada didalamnya... bukan saja nak cari info, nak cari hiburan, nak cari duit, nak buat benda baik, benda jahat pun boleh......dan yang penting dapat berhubung dengan orang tersayang walaupun mereka berada dihujung dunia sekalipun.....

Berbalik dengan laptop yang saya tinjau... dah tentu ia menjadi idaman saya!! Saya tetap setia memilih jenama Dell. Dell studio yang saya pakai ni pun, sangat lasak. Kami online dari pagi sampai ke hujung malam...... tapi tetap steady dan tak pernah meragam walaupun dah 2 tahun pakai!!. Sangat puas hati....

Kini model Vostro pulak, tengok spekasi yang ada padanya memang hebat.... kalaulah saya dapat beli satu lagi....sudah pasti saya ambik yang ni....

1. Dell Vostro 3300, 3400, 3500



























Spesifikasi Dell Vostro 3300, 3400, 3500 :

- 13.3 inci | 14-inci | 15,6-inci
- powered by prosesor Intel Core i3/i5
- memori DDR3 hingga 8GB
- hard drive 500GB
- LED backlit display
- Nvidia Geforce free 310M 512MB
- DVD burner
- 2.0MP webcam
- fingerprint reader dan Windows 7


2. Dell Vostro 3.700















Dell Vostro 3.700 pula adalah notebook Vostro sejati pengganti desktop dengan layar 17,3 inci. Didukung versi high-end menggunakan Intel Core i7 quad-core processor dan bergantung pada nVidia Geforce GT (1GB) free 330M. Untuk fitur-fiturnya yang lain tetap sama.

Nak info banyak lagi pasal Dell sila check kat sini..

Jangan Ada Dengki

Kekadang hati orang ni kita tak boleh jangka... muka nampak baik, mulut pula sangat manis... tapi di sebaliknya mempunyai hati yang tidak bersih!! dengki dengan apa yang ada pada kita!.

Orang jenis ini tak boleh melihat kita lebih.... Bukan kata orang lain, di kalangan adik beradik sendiri pun kadangkala ada yang sanggup bermasam muka!! tambah parah kalau dihadapan kita memang nampak baik tapi menikam di belakang. Memburuk-burukkan kan kita di belakang... bahkan ada yang sanggup membuat fitnah!!!

Sedarilah wahai insan yang begitu.... Buangkanlah segera sifat-sifat buruk anda itu... kerana itu semua tidak mendatangkan faedah langsung pada diri anda.... mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain dosanya umpama memakan daging saudara sendiri..... sanggupkah anda!!!
fikirkanlah!!!!!!


( mood : geram )

Friday, May 7, 2010

Selamat Hari Ibu

mother's  day myspace orkut comments

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu! bukan saja untuk ibu saya sahaja, tetapi semua insan yang bergelar ibu di dunia ini!!


















Rindu betul kat mak.... kalau ada depan mata saya akan beri pelukan dan ciuman sebagai hadiah kasih sayangnya atas segala jasa-jasanya selama membesarkan saya...

Ya Allah!... kau ampunkan segala dosa-dosa ibuku... panjangkanlah umurnya, murahkanlah resekinya...Jauhkanlah dia dari segala kesusahan di dunia dan di akhirat....berikanlah dia segala kebahagian dan kegembiraan sepanjang sisa hidupnya...

Ya Allah!.. Syurgalah hendaknya buat ibu ku yang sangat ku kasihi!!.....Amin!!
Selamat hari ibu!!

Resepi Vanilla Cup Cake

















Ok tak cup cake ni!!.... bolehlah!! First time buat ni..... Anyway seronok juga buat cup cake ni.. yang paling best masa menghias.. masa tulah dapat tunjukkan bakat seni yang tersembunyi.... Anak pempuan saya pun tak melepaskan peluang menunjukkan bakatnya!!


















Anyway sesiapa nak resepi klik kat sini ok!! Actually ni food blog saya.... sejak food blog saya tu ujud saya kurang beri perhatian pada blog ini.....tak cukup masa plak nak handle banyak blog!! tu yang dah lama tak update tu... Bagi pengunjung yang singgah ke sini jangan lupa singgah pula kat http://www.potretkasih.com/.
Di sana lebih update dan banyak info-info terkini. Tetapi tentang foodlah... dah namanya pun food blog!!