Monday, August 23, 2010

Resepi Rich Chocolate Pudding

















Kalau anda suka rasa pudding yang sarat dengan coklat... dan cair kat dalam mulut bila memakannya... sejuk di tekak dan sedap...cantik berkilat-kilat hingga membuat orang memandang nya terliur.. meh usharr resepi kat bawah ni!!!

Resepi Rich Chocolate Pudding ( sumber C&P: Dapur Ros/sumber asal: Dapur Jun )

Bahan-bahan
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung ( saya guna tepung kastard)
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter ( saya letak 2 sudu besar je)
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
4. psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

Banyak lagi koleksi resepi2 menarik yang saya ada... sila layari Potret Kasih untuk dapatkan lebih banyak resepi.

Friday, August 20, 2010

Resepi Kuih Koci

















Resepi Kuih koci ( sumber :Myresipi - CMG)

Bahan-bahan ( 20 biji )

BAHAN2 UNTUK DOH:-
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 1/2 cawan air

BAHAN2 UNTUK INTI:-
1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
1 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan air

BAHAN2 LAIN:-
Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
1 cawan pati santan + secubit garam

Cara-cara

1. UNTUK INTI:- Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.

2. UNTUK DOH:- Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.

3. UNTUK MEMBUAT KUEH KOCI:- Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.

4. Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.

5. Kemudian lipat seperti biasa.

6. Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kueh koci bergantung pada saiz kueh masing2. Selamat mencuba..

sumber gambar : sendiri

Friday, August 13, 2010

Resepi Tepung Bungkus

















Resepi Tepung Bungkus ( sumber CP: dapur maz / Myresepi )

Bahan-bahan ( seisi keluarga )
2 cawan santan
1 cawan tepung beras
secubit garam
daun pisang di layang skit ke ats api kecil
1 helai daun pandan (disimpul) - ni tambah sdri

utk inti;
2-3 keping gula melaka
1/2 biji kelapa parut - amik yang putih saja
4 sudu tepung pulut
sehelai daun pandan disimpul

Cara-cara

1. Kelapa yang di parut (bahagian putih sahaja) dimasak bersama gula melaka dan daun pandan sehingga kering. Bulat-bulatkan dan golek di atas tepung pulut. Ketepikan dahulu.
2. Bancuh tepung beras bersama santan dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak. Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun. Kemudian kukus selama 15-20 minit

Resepi Badak Berendam

















Resepi Badak Berendam ( sumber : Rozzan )

Bahan Inti Kelapa
200 gm kelapa parut (buang kulit arinya)
1 sudu makan tepung jagung
120 ml air
100 gm gula melaka
30 gm gula pasir
¼ sudu teh garam atau secukup rasa
1 helai daun pandan

Cara:
Masak gula melaka & gula pasir bersama air hingga gula larut. Kemudian tapis. Gaulkan campuran air gula ini bersama kelapa parut, garam dan daun pandan lalu dimasak atas api. Akhir sekali, masukkan tepung jagung dan digaul rata hingga inti pekat. Ketepikan dan biarkan sehingga sejuk sebelum dibulat-bulatkan sebesar guli sehingga habis.


Bahan Kuah
600 ml santan pekat
2 helai daun pandan
1 sudu makan tepung jagung atau tepung beras
½ sudu teh garam atau secukup rasa

Cara:
Satukan semua bahan lalu dikacau sehingga pekat.


Bahan Kulit
300 gm tepung pulut
180 gm kentang (direbus, kupas kulit dan lecek halus)

1 sudu teh pes pandan
230 ml air
½ sudu teh garam
½ sudu teh gula
½ sudu teh warna kuning
(Satukan semua bahan ini)

Cara:
Uli tepung pulut, kentang lecek dan semua bahan lain. Ambil sedikit adunan; leperkan dan diisi dgn inti kelapa lalu ditutup menjadi sebiji bebola. Buat begini sehingga selesai semua bahan tadi. Sementara itu, didihkan air dalam periuk, masukkan sedikit garam dan daun pandan. Kemudian rebuslah bebola-bebola tadi di dalam air yg sedang mendidih itu. Apabila sudah masak, bebola-bebola tadi akan timbul ke atas. Angkat dan terus bubuh ke dalam kuah yg telah siap. Siramkan kuah hingga menutupi semua bebola-bebola tadi.

Tuesday, August 10, 2010

Persiapan menyambut Ramadan


Salam semua.....
Esok dah start puasa... apa persiapan you all!!! Mungkin ada yang dah tak sabar mengerjakan ibadah puasa. Tak sabar nak sembahyang terawih, berzikir dan bermunajat!! Ya Allah.... seronok nya sebab Engkau masih memanjangkan usiaku untuk mengerjakan ibadah yang mulia ini.....

Dulu saya tak berapa exited dan rasa biasa-biasa di bulan mulia ini.... mungkin di sebabkan pekerjaan saya agak sibuk dan saya tak dapat rasa kenikmatan di bulan Ramadan ini.... tapi kini saya ingin sangat berada di bulan mulia ini, kerana saya tahu di bulan ini Allah akan mengampunkan segala dosa-dosa kita yang telah lalu....

Dosa-dosa masa lalu kalau terkumpul tak terkira banyaknya.... Hanya Allah saja yang tahu betapa banyaknya dosa-dosa kita itu.... belum dosa sembahyang yang belum di qada'kan... dosa mulut ini yang selalu gak melawan suami... dosa mata... dosa hati yang sentiasa tidak bersyukur... dosa kita pada kedua ibu dan bapa tanpa kita sedar atau tidak... dosa mengumpat... dosa mengutuk... dosa menyakiti hati orang... dosa memakan benda-benda haram.... dosa tidak menutup aurat.....dosa ..... aduh banyaknya dosa.. Ya Allah!! tak dapat nak bayangkan...

So bagaimana kita nak clearkan segala dosa-dosa ini!!! Bulan Ramadan adalah salah satu peluangnya!!! Ya Peluang yang sangat besar agar Allah dapat mengampunkannya segala dosa-dosa ini..... Banyakkan mengerjakan amalan... memohon keampunan sebanyak-banyaknya.... membaca Al- Quran dengan bertadarrus.... dan mengerjakan amalan puasa dengan sempurna, tawaduk dan penuh keimanan....

Moga niat suci murni ini di makbulkan Allah!! Amin....


Monday, August 9, 2010

Salam Ramadan



Kepada semua umat Islam saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan yang mulia... semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan...
Amin.............

Resepi Red Velvet Cup Cakes



Resepi Red Velvet Cup Cakes ( sumber : Citarasawan )

Bahan A (di ayak bersama)
375gm tepung gandum
20gm serbuk koko
1 tsp baking soda (soda bikabonat)

Bahan B
170gm mentega (suhu bilik)
350gm gula kaster
2 tsp esen vanila
3 biji telur grade A

Bahan C
350ml UHT whiping cream/Yogurt
1 Tbsp cuka/jus lemon
2 1/2 Tbsp pewarna merah
(Satukan semua, biarkan selama 10 minit)

Topping Cream Cheese

250gm cream cheese (suhu bilik)
80gm gula aising
1 tsp esen vanila
180ml UHT whipping cream

Menghasilkan satu biji kek bersaiz 9" atau 30 biji cupcakes bersaiz sedang

Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan loyang/cawan kertas.
2. Satukan bahan A, ketepikan.
3. Pukul bahan B hingga kembang, masukkan telur satu persatu di ikuti bahan A dan bahan C berselang seli. Pukul hingga sebati.
4. Sudukan 2/3 adunan ke dalam cawan kertas dan bakar selama 20-25 minit. Sejukkan dahulu. 5. Cream Cheese : Pukul cream cheese bersama gula hingga lembut, masukkan esen vanila dan whipping cream sedikit demi sedikit, pukul hingga bergaul rata dan tidak berketul.
6. Paipkan ke atas cupcake dan hias mengikut suka.

*** Untuk membuat red velvet sandwich, sudukan 1 Tbsp adunan di atas kertas minyak, ratakan dengan belakang sudu menjadi leper dan bulat. Bakar selama 8-10 minit. Letakkan cream cheese di tengah dan tangkupkan.

sumber gambar : Google
link : sini

Resepi Mini Cheese Tart



Resepi Mini Cheese Tart ( sumber : Dapur citarasawan )

Bahan Pastry Tart
60gm gula ising
250gm tepung gandum
125gm mentega sejuk di potong dadu
1 biji kuning telur
1 sudu besar air sejuk
1/2 sudu teh esen vanila/esen badam


Cara-cara
1. Satukan gula ising dan tepung gandum. Dengan menggunakan hujung jari, ramas mentega sejuk ke dalam adunan tepung sehingga menjadi serbuk roti.
2. Masukkan kuning telur, esen vanila, gaul sebati di ikuti oleh air sejuk. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
3. Rehatkan selama 15-20 minit. Ambil sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tart mini. Trim lebihan dibahagian atasnya.
4. Cucuk sedikit dengan garpu dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C.
5. Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu kulit tart.

Cheese Filling
250gm cream cheese (suhu bilik)
50ml UHT whipping cream
60gm gula ising
60gm mentega
1 biji telur
1 sudu besar lemon jus jika suka

Filing : Blueberry, strawberry, kiwi, manggo, chocolate
(Masukkan ke dalam piping bag)

Cara-cara :
1. Pukul cream cheese bersama gula ising, mentega hingga sebati. Masukkan telur dan whipping cream, putar sekejap hingga adunan sebati dan tidak berketul. Masukkan ke dalam piping bag dan gunting sedikit muncungnya.
2. Ambil kulit tart, pipekan sedikit filling kesukaan di tengahnya dan picit adunan cheese menutupi filling.
3. Untuk corak di atasnya, pipekan sedikit filling atau ambil sedikit cream cheese dan campur dengan sedikit pewarna, pipekan keatasnya kemudian lorek dengan corak kesukaan.
4. Bakar sekejap selama 5-8 minit. Keluarkan dari oven dan sejukkan selama 2 atau 3 jam.

sumber gambar : Google

Sunday, August 8, 2010

Resepi Kerang Tumis Serai




Ade sesiapa yang kurang darah!!!!! tak tau..... sila tengok kulit dan wajah kita sendiri okay..... kalau pucat dan tak bermaya tu salah satu anda kurang darah....kalau nak tambah darah dalam tubuh kita mari makan kerang rebus.... sedap dan berkhasiat lagi.... Kat bawah ni resepi kerang tumis serai dari blog potret kasih.... layan!

Resepi Kerang tumis serai

1 kilo kerang
1 labu bawang besar ( saiz kecil ) – dihiris
1 ulas bawang putih – dihiris
3 hiris halia – dihiris
1 batang serai ( di ketuk atau di hiris kasar2 )
sedikit garam
serbuk perasa ( jika suka )
minyak untuk menumis

Cara penyediaan.

1. Tumis bahan hiris hingga berbau kemudian masukkan sedikit air ( dalam 1 atau 2 cawan, ikutlah banyak mana anda mahukan kuahnya)
2. Bila kuah mendidih masukkan kerang, tutup sebentar sesuaikan rasa.
3. Bila kerang masak bolehlah diangkat……

Saturday, August 7, 2010

Sifat Wanita Seperti Rumput Semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Monday, August 2, 2010

Luasnya Neraka Allah....

Info ni sebenarnya untuk peringatan untuk diriku sendiri.... supaya dapat meningkatkan lebih keinsafan pada diri..... Semoga lebih takutkan Allah!!! Semoga diri ini lebih menjadi insan yang lebih bertakwa kepada Allah.

Berikut adalah keluasan Neraka seperti yang digambarkan dalam Al-Quran, surah Al Baqarah, ayat 159.

1.Neraka jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2.Setiap peringkat mempunyai 70,000 Daerah

3.Setiap Daerah mempunyai 70,000 kampung

4.Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5.Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6.Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7.Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8.Dibawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9.Didalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat

10.Juga dibawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11.Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat.

MasyaAllah....Lindungilah diriku dari api nerakamu Ya Allah.....



Sunday, August 1, 2010

Petanda Lazim Serangan Jantung

Ramai yang pernah terkena penyakit jantung.... ramai juga yang belum mengalaminya.... jika umur meningkat dan tidak menjaga pemakanan serta tidak melakukan senaman....... maka tidak mustahil kita sendiri akan terkena penyakit yang bahaya ini. Di bawah adalah artikel yang berguna, tanda tanda awal jika seseorang terkena penyakit jantung.......

Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.