Kicap dah habis....bawang dah tinggal 2 biji....halia dah tinggal yang kering-kering... sos tiram dah tinggal suku... ahh ni kena belanja ni!! benda penting kat dapur dah habis!! Aku memanggil suamiku dan menyatakan hasratku untuk membeli barang-barang yang sudah kehabisan!.
Dekat mana nak beli? Tesco ke? suamiku bertanya. Eh tak payahlah shopping kat situ! Saya nak beli dua tiga barang aje. Buang masa nak shopping kat sana. Awak tahulah dari satu tempat ke satu tempat ..jauh! Orang pulak ramai! Kena pulak beratur panjang pagi-pagi ni... buang masa!! Kita belanja kat kedai runcit depan tu je!!aku menolak mentah mentah saranan suamiku dan mencadangkan kedai runcit yang menjadi favorite tempat shoppingku kala terdesak...
Ok! Siap-siaplah!! ujar suamiku tanpa banyak membantah........ Selepas setengah jam aku pun sudah berada di hadapan kedai runcit itu. Ku lihat dari jauh ramai juga pelanggan di dalam kedai runcit tersebut. Semasa aku dan suami melangkah masuk aku melihat salah seorang pekerja kedai runcit meleretkan senyumannya menyapaku.. Kak!!......sambil menggangguk kan kepalanya tanda hormat!. kulihat tangannya memegang buah kelapa untuk dibelah dan diparut! Aku pun membalas senyumannya itu tanpa kedekut!!
Kemudian selepas dua tiga langkah, aku di sapa lagi dengan seorang lagi pekerja..Kak! ayam kak..... segar-segar ni.. baru sampai!! katanya melemparkan senyuman sambil tangannya mengangkat dan menayang-nayang ayam bogel yang berkilat dan gebu-gebu. Tak pelah! jap lagi..... akak nak beli bawang dulu....
Tatkala aku sedang memilih-milih bawang untuk kubeli.... aku disapa lagi dengan salah seorang lagi pekerja di situ..... Kak.. sayur baru sampai kak...pilihlah!!! Kulihat dia sedang mengikat pelbagai sayur-sayuran yang baru sampai yang segar bugar. Tergoda juga aku lihat sayur-sayurnya itu!
Selepas memunggah bawang masuk ke dalam bakulku, aku terus kearahnya untuk melihat sayur-sayur hijau yang begitu mengiurkan yang sedang diikatnya itu. Sayur apa ada dik!!... aku pula menyapa! Apalagi... promosi demi promosi mamat tu buat untuk melariskan jualannya.... siap boleh cerita sayur ni lebih sedap dimasak apa .... sayur tu banyak khasiat, sayur ni pulak kalau makan kulit cantik dan awet muda sambil menolong aku mencari sayur yang paling segar dan cantik dan akhirnya............. Aku pun terbeli dua tiga jenis!!!!!! Lepas tu sempat lagi dia tanya.... Kak! tak nak beli ikan ke? Ikan cencaru ni segar dan besar-besar! Kalau bakar cicah air asam tak payah ceritalah... mak mertua lalu belakang pun, kita tak perasan!!
Aku pun menelan air liur ketika membayangkan ikan bakar yang di cicah dengai air asam dimakan dengan nasi panas-panas. Sedap jugak ye.. lauk tengahari ni nak bakar ikanlah dan nak goreng sayur kailan! fikirku dalam hati yang telah telah pun termakan kata-katanya! Ku punggah ikan-ikan cecaru yang berkilat-kilat itu sebanyak 6 ekor.
Tak cukup lagi, mataku terpandang udang segar berwarna kebiru-biruan sebesar ibu jari bergolekan di selimuti ais hancur! Menggoda betul!! Ku cari suamiku untuk kutanya adakah dia berkeinginan untuk membeli udang yang menggoda ini, tetapi dia berada jauh di hadapan kedai, menghisap rokok sambil berbual-bual dengan salah seorang pelanggan yang juga sedang menunggu isterinya berbelanja..... Udang ni murah kak!! semalam harganya 17.50 ringgit sekilo.... tapi akak punya pasal saya bagi 16.50 ringgit je!!. Aku menganggukkan kepala, tanpa berlengah aku ku pilih udang yang cantik-cantik masuk ke dalam plastik lebih kurang 30 ekor cukup untuk kami sekeluarga dan boleh di makan beberapa kali!.
Sotong, hari pun boleh tahan segar kak!! kalau masak sambal tumis sotong best ni kak!! katanya lagi mengejutkan aku. Ku pandang kotak putih yang mengandungi sotong yang di perkatakan itu. Montok, dan gebu sekali!!! Ahh alang-alang berbelanja, biarlah aku beli lauk untuk seminggu... esok-esok tak payahlah sibuk nak beli lagi..... bisikku dalam hati! Tak sampai beberapa saat, seplastik sotong-sotong yang gebu itu telah berada di dalam bakulku.
Melangkah kedepan punggungku berlaga dengan punggung mak cik-makcik dan kakak-kakak yang sibuk juga untuk memilih dan membeli ikan. Semakin ramai pula orang!! aku merengut! Aku ke tempat daging... merah-merah dagingnya. Teringat pula anak sulungku yang terlalu suka memakan lauk daging goreng lada hitam! Kalau makan lauk itu, bertambah-tambah pula nasinya. Aku pun masukkan lebih kurang sekilo daging di dalam plastik.
Abang yang memotong ayam tadi mengangkat dan menayang-nayangkan ayamnya sambil tersenyum.... Okaylah... potong 4!! kataku belum sempat dia berkata apa-apa kerana sememangnya aku dah tertawan dengan ayamnya sedari mula aku melangkah masuk ke kedainya. Selang beberapa minit telah selesai aku berbelanja, aku memanggil suamiku untuk membayar. Suamiku membayar tanpa banyak soal..... walaupun terbang 70 ringgit dari poketnya.
Sewaktu dia mengangkat dua tiga bunjut beg plastik yang penuh dengan barang-barang, nampak tangan suamiku rebeh ke bawah, suamiku memandangku lalu berbisik ..Berat!!. Aku senyum sayang kepadanya!!... sambil menuju ke kereta suamiku berbunyi..... Kalau tak silap sebelum pergi ke kedai tadi, kata nak beli dua tiga barang je.... ni rasa-rasanya dah lebih 20 barang ni!!!!! Aku memandang wajahnya sambil tersenyum-seyum dan buat muka sepuluh sen!.
No comments:
Post a Comment