Wednesday, December 9, 2009

Pokok Tanduk Rusa Kesayanganku!!!...

Hari ni seperti biasa aku bangun awal, Jam 6.00 pagi mata sudah terkebil-kebil sukar untuk pejamkan mata lantas berlegar-legar di kepalaku deretan perkara perkara yang perlu kulakukan hari ini.

Seperti biasa rutin harian wajib yang perlu didahulukan. Selepas solat, turun kebawah...selak langsir hijauku di sliding door.Terpandangkan kehijauan pokok-pokok yang ku tanam dihadapan rumah. Segar! Embun pagi menyejukkan dedaunan. Burung menyanyi..sedang bersiap-siap untuk mencari ulat atau serangga buat bekal sikecil!.

Aku mengambil penyapu, lantas membersihkan serambi rumahku. Pokok-pokok kesayanganku kusiram agar kesegarannya bertahan hingga ke petang. Aku pun tak tahulah mengapa aku begitu sayangkan pokok-pokok ni....Minggu lepas aku begitu frust menonggeng kerana pokok tanduk rusaku mati di serang penyakit. Daunnya yang berkilat melingkar kebawah tiba-tiba layu. Aku cantas membuangnya dengan harapan pokok tandukku akan tumbuh tunas yang baru. Malangnya tunas yang baru tumbuh tu mengalami nasib yang sama.

Hairan dan pelik, lantas aku cuba menyelidiki apa yang tak kena. Rupanya badannya dah menjadi ringan, tunas yang sepatutnya tumbuh telah membusuk....Apa yang terjadi ni!!.. aku yang jahil tentang penyakit pokok tanduk rusa ni, terpinga-pinga..

















Hari ni aku dah OK! Aku bercadang untuk menambah lagi koleksi pokok tanduk rusaku untuk mengantikannya. Suamiku selalu membahas.. nak buat apa pokok banyak-banyak!! buat tambah nyamuk dan semak je...

Ehh Yang! takkan you tak tahu pokok pokok saya nilah yang menyejukkan rumah kita ni..Pergi rumah orang panas membahang sebab diaorang tak sukakan pokok! Kalau rumah nak sejuk kena keluar modal pasang air cond!. Di rumah saya tak perlu semua tu... Pokok pokok saya akan menyejukkan rumah saya bahkan ia akan menenangkan jiwa saya.... rumah saya begitu sejuk seperti berada di dalam syurga.... Saya tak perlu keluar mencari hiburan atau apa-apa di luar.. cukuplah duduk dirumah bersama suami, anak-anak dan pokok-pokok........ Suamiku membisu....................

No comments:

Post a Comment