Thursday, December 31, 2009
Selamat Tahun Baru, 2010 Era Mencabar Untuk Kita
"Selamat Tahun Baru 2010!!
Semoga tahun baru ini menjanjikan kebahagiaan, kestabilan kewangan, Kematangan fikiran, peningkatan prestasi, kerjaya yang baik, pertambahan ilmu, peningkatan iman dan keeratan hubungan bersama orang tercinta."
Azam saya??. Sudah tentu semuanya yang diatas. Rata-rata setiap tahun lebih kurang sama saja azamnya. Yang membezakannya, USAHA ke arah itu.. mantop ke tidak!. Adakah ianya hanya coretan di diari masing-masing atau azam ini menjadi landasan kita kearah mengapai apa yang kita impikan.
Sewaktu zaman remaja saya iaitu hujung era 80an hingga ke awal era 90an, kehadiran tahun baru ini amat di tunggu-tunggu. Sebab apa!!. sebabnya esoknya cuti! kami ( zaman tu saya student, duduk sebilik dengan roomate) boleh berjaga sampai pagi. Program di Tv biasanya best. Banyak pulak konsert dari artis-artis yang diminati. Kadang-kadang tu panggil kawan kawan lain bilik datang melepak buatlah program, paling kurang bersembang-sembang dan berkongsi cerita sambil makan kerepek atau kacang. Kekadang ada cerita-cerita lucu tu kami gelak sampai nak pecah perut!.
Dating?? Ada!!!. Aku keluar dengan boyfriend (sekarang ni suami tersayang, student gak masa tu) biasanya ke KFC atau McD. Dah kenyang dan dah puas sembang kami pun baliklah!!!.. Pernah sekali dia bawa aku ke Dataran Merdeka waktu tu nak tunggu detik 12 malam, konon-kononnya nak tengok bunga api, tapi manusia punya lah ramai. sampai nak lalu pun susah! last kami cari kawasan yang agak sunyi sikit. Tapi tulah dalam sunyi-sunyi ada juga manusia. Atas rumput, atas bangku, bawah pokok, semuanya ada tapi duduk berdua-duaan dengan agenda masing-masing. Kami yang lalu di situ naik malu.. belum lagi tengok sekumpulan remaja yang minum dan mabuk..... tak berkenan betul aku melihat situasi ni...... last kami balik tak sempat nak tunggu bunga api pun. Waktu nak balik pula tersangkut kat jalanraya sebab jam giler. Serik dan tobat tak nak pergi lagi!. Tulah yang terakhir!
Sekarang ni pun aku rasa situasi seperti ini masih tak berubah bahkan lebih parah lagi. Aku pernah terbaca di sebuah majalah di acara tahun baru seperti ini ramai remaja meraikannya dengan minum air yang memabukkan dan mengadakan pesta seks. Yang menjadi mangsa gadis-gadis belasan umur yang rela dan tak kurang pula yang dirogol (biasanya gadis ini telah di beri minum dengan minuman yang mengandungi pil khayal).
Pada mereka yang mempunyai anak remaja tak kira lelaki atau gadis, janganlah lupa luangkan masa untuk memantau kegiatan mereka. Selidikilah siapa kawan-kawan mereka, kemana mereka pergi dan aktiviti-aktiviti luaran mereka. Tak salah jika anda menggunakan khidmat spy atau orang orang yang dipercayai untuk mengintip kegiatan mereka jika anda berduit.
Yang saya rasa terbaik sekali, buatlah aktiviti kekeluargaan yang istimewa, seperti bercuti ketempat-tempat peranginan, belanja anak makan di luar atau menonton wayang atau buatlah program makan-makan yang lain dari yang biasa. Pastikan program makan-makan anda, ada makanan kesukaan mereka. Mintalah anak anda terlibat secara langsung contohnya minta dia membakar sate atau BBQ ayam, daging atau kambing. Kalau mereka masih tidak gembira pelawalah anak anda untuk menjemput kawan-kawannya.
Jika anak anda mempunyai girlfriend atau boyfriend inilah peluangnya untuk anda mengenali siapakah orang yang rapat dengan mereka. Janganlah sombong untuk bermesra dengan mereka kerana anda pun boleh menilai tahap mana mereka memberi kesan negatif atau positif terhadap anak anda. Saya rasa dalam zaman yang mencabar ini tak ada apa yang dapat menyelamatkan anak kita kecuali diri kita.....Sayangilah mereka!!
Anyway Selamat tahun baru sekali lagi untuk semua....
No comments:
Post a Comment