Saturday, December 19, 2009

Sony Alfa 230L adalah kamera DSLR pertamaku

Jam sudah menunjukkan pukul 11.00 pagi. Appointment suamiku untuk bertemu clientnya ditunda. Tiba-tiba dia mengajak aku jalan-jalan di Low Yatt. Aku pun melompat kegembiraan kerana dah lama aku teringin ke sana untuk membeli kamera DSLR.

Aku pun bertolak dengan kereta, kemudian menaiki train menuju ke Plaza Low Yatt. Sebenarnya aku mencari kamera DSLR dengan budget terendah iaitu di bawah RM 2000.00. Targetku dulu untuk membeli Nikon D40. Malangnya stok kamera tu dah tak ada lagi rata-rata salesman menyarankan aku membeli Nikon D3000 keluaran terbaru dengan harga RM 2200. Aku tak begitu tertarik dengan harganya kerana aku gagal mendapat harga dibawah RM 2000.00. Jurujual tersebut hanya dapat memberi harga serendah Rm 2000.00 sahaja.

Aku beralih pula kepada kamera jenis Canon 1000D. Memandangkan harga yang ditawarkan masih tinggi iaitu RM 1900.00 aku masih lagi tidak berminat, justeru aku pernah terbaca di internet mengatakan lensa canon 1000D mempunyai masalah, aku beralih kepada Sony Alfa 230L.

Aku agak gembira jurujual tersebut menawarkan aku, kamera Sony Alfa pada harga RM 1750.00. Tetapi aku masih bersabar kerana aku masih ingin meninjau di kedai-kedai lain. Akhirnya aku berjaya mendapat harga paling rendah iaitu di Prodigic Digital Gallery, iaitu dengan harga RM 1680.00. Jumlah tersebut merangkumi pekej berikut:
1. Body kit + Single lens DT 18-55mm
2. Panasonic 4 GB SDHC CARD
3. Sony DSLR Video Bag
4. Tripod

Aku di tawarkan untuk membeli UV filter yang berharga RM 200, kepada harga RM 170, oleh jurujual tersebut. Memandangkan ianya dapat memberi protection pada lensa dan dapat memberi kesan yang lebih cantik kepada gambar, lalu aku bersetuju. Jumlah keseluruhan yang ku belanjakan untuk membeli kamera tersebut adalah sebanyak RM 1850.00.

Puas hati??? Sebagai kamera permulaan untuk aku belajar memotret, memang sangat aku puas hati. Sebelum aku membeli kamera ni pun aku sudah mencari info di laman web kebaikan dan kelemahan kamera ini. Rata-rata penguna kamera yang bermega pixels 10.2 ini, berkata kamera ini tak ada masalah, gambar yang cantik, Mudah untuk digunakan, ringan untuk dibawa kemana-mana, boleh digunakan secara auto atau manual. Selain dari itu ia mempunyai enjin pemprosesan imej Bionz, memiliki D-range optimiser, tahap kepekaan ISO 100-3200, anti dust, memiliki 9-point AF, memiliki dual slot memory stick duo & SD, skrin panduan mudah dan mempunyai LCD skrin 2.7" lebar. Rating yang di berikan untuk kamera ini dari pada pengguna kamera ini adalah 4.5 bintang.

Walaupun jenama kamera ini, tidak se gah, Canon dan Nikon tapi aku tidak mahu memperdulikannya kerana bagi aku kamera yang berteknologi Minolta ini tidak kurang hebatnya memiliki kualiti gambarnya yang cantik dan harga yang berpatutan. Terpulanglah kepada individu jika berkemampuan bolehlah anda memilih jenama yang lebih kukuh lagi, tetapi bagiku, buat apa nak membazirkan duit, jika sekadar nak mengambil gambar untuk diletakkan di website dan mengambil gambar potret famili yang cantik dan menarik cukuplah dengan Sony 230L sahaja.

Disini contoh gambar yang dapat ku ambil untuk tatapan semua. Aku belum dapat menguasai sepenuhnya kerana belum berkesempatan tetapi aku akan mempelajari peringkat demi peringkat untuk memperbaiki kualiti gambar yang kuambil.




































































No comments:

Post a Comment