Wednesday, January 20, 2010

Ikan Bawal Masam Manis

Actually satu perkara yang paling memeningkan kepala ibu-ibu bila memikirkan nak masak apa untuk hari ini!!!. Terlalu kerap memasak lauk yang lebih kurang sama, hingga bukan diri sendiri sahaja yang merasa jemu malah anak-anak pun dah pandai berbunyi begini.... asyik lauk ni je mama! tak ada lauk lain ke!!.... Tetapi bila kita tanya mereka idea-idea bernas lauk apa yang perlu di masak, mereka pun tak dapat memberi jawapannya.

Rasanya dah puas aku memutar menu masakan dari ayam, daging, ikan, sotong, udang kepada masakan kicap, kari, gulai lemak, tauchu, sambal, sos lada hitam dan lain-lain. Tetapi masih lagi jemu......

Adakah aku patut menukar kepada western food, chinese food atau masakan jepun pula!! Anyway lain kali sahajalah!. Di dalam peti sejukku cuma ada ikan bawal emas. ... so masak ikan bawal sweet sour sajalah yang aku fikir paling sesuai!!


















Ikan Bawal Sweet Sour
.

bahan-bahan.
1 ekor ikan bawal
1 inci halia ( di mayang)
1 labu bawang besar ( di mayang )
3 ulas bawang putih ( di pecahkan )
1 biji tomato
8 biji cili merah dan hijau ( dipotong/dipecahkan)
sos cili (sukatan sos ikut citarasa anda)
sos tomato (sukatan sos ikut citarasa anda)
sos tiram (sukatan sos ikut citarasa anda)
kicap manis (sukatan sos ikut citarasa anda)
sos ikan (sukatan sos ikut citarasa anda)
daun bawang ( potong 1 inci memanjang)
daun ketumbar ( hiris nipis)
serbuk kunyit
garam, gula.

Cara-caranya.
1. Bersihkan ikan kemudian lumur dengan garam dan kunyit.
2. Goreng ikan hingga keemasan. Angkat dan letakkan dalam pinggan.
3. Untuk sosnya, tumis bawang putih, halia, bawang merah hiris dan cili padi hingga naik bau.
4. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap manis, sos ikan dan sedikit air.
5. Bila kuah agak pekat sesuaikan rasa masam manisnya kemudian masukkan buah tomato, daun bawang dan daun ketumbar. Tutup api dan tuang sos ke atas ikan dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment