Apakah perkara-perkara penting yang patut dilakukan sekiranya anda atau salah seorang keluarga anda di rogol. Ikutlah langkah berikut jika anda atau keluarga terdekat anda mengalaminya.
1. Jangan bersihkan diri anda. Walaupun hati anda menginginkannya tetapi elakkanlah dari berbuat demikian. Pergi terus ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan. Mungkin terdapat kesan air mani, cecair badan, rambut, debu, fiber dan sebagainya untuk dijadikan bukti penting.
2. Pihak polis (wanita) akan datang mengambil maklumat laporan anda di hospital. Anda tidak perlu melaporkan kejadian tersebut di balai polis kerana pihak hospital akan membantu anda menghubungi pihak polis. Anda mungkin di kehendaki menghadiri sesi mengenalpasti penjenayah setelah laporan terperinci diambil.
3. Setelah selesai bolehlah bersihkan diri anda.
4. Beritahulah segera pada keluarga atau orang-orang yang anda percayai untuk mendapat sokongan moral dari mereka. Jangan pendam segala masalah yang anda hadapi. Luahkanlah perasaan anda untuk mengelakkan dari tekanan perasaan dan ketakutan.
5. Hubungi Pertubuhan Wanita (NGO). Anda mungin memerlukan kaunseling dan sokongan.
Tips untuk mengelakkan dari di rogol
1. Elakkan dari memakai pakaian yang menjolok mata.
2. Jika anda memakai seluar panjang pakailah tali pinggang (belt) kerana dengan adanya tali pinggang seluar anda sukar dan mengambil masa untuk dibuka. Ini memudahkan anda melawan balik untuk melepaskan diri.
3. Elakkan dari berada di kawasan yang sunyi seorang diri.
4. Jagalah pergaulan anda. Elakkan berada di kawasan yang ramai lelaki yang tidak di kenali.
5. Sentiasa memegang sesuatu yang boleh dijadikan senjata dikala kecemasan seperti kunci, payung, kasut tumit tinggi, pen dan sebagainya. Gunakan untuk ia menyerang kawasan yang lemah bagi lelaki seperti mata, telinga, ulu hati, tengkuk dan kemaluan mereka.
6. Belajarlah ilmu mempertahankan diri seperti silat, Judo dan sebagainya.
7. Sebelum anda melangkah keluar rumah bacalah doa untuk mengelakkan dari berlaku sebarang malapetaka pada diri anda.
8. Jika anda di kelilingi lebih dari seorang lelaki yang ingin merogol anda, jangan panik, jangan meronta kerana tenaga anda akan habis dan anda tak akan mampu melawan kekuatan tenaga lelaki. Anda duduklah ke tanah, rapatkan kedap-kedap kaki anda dan tangan anda sambil menutup telinga. Pejamkan mata anda, fokuslah fikiran anda dengan mengingat Allah kemudian laungkan Azan sekuat-kuat hati anda. Jangan berhenti laungkan azan sehingga mereka pergi. Bertawakallah kepada Allah, walaupun mereka tidak pergi mungkin anda di beri petunjuk oleh Allah di saat-saat akhir bagaimana untuk melepaskan diri.
No comments:
Post a Comment