Wednesday, January 6, 2010

Resepi Ayam Kukus

Resepi Ayam kukus ni asalnya aku perolehi dari ibu saudara. Tetapi sudah diubahsuai ikut kesenangan dan citarasaku. Aku jadikan ia sesimple yang boleh asalkan ia mudah untuk disediakan namun rasanya tetap sedap. Biasalah! aku paling tak suka buat resepi yang rumit dan remeh serta lambat untuk disediakan. Masa itukan emas. Takkan nak duduk berjam-jam di dapur semata-mata nak siapkan hanya satu jenis makanan.

Ayam kukus ini paling senang untuk siapkan dan boleh di makan dengan nasi putih atau nasi ayam. Tapi biasanya kami sekeluarga makan dengan nasi putih saja, dijadikan sebagai lauk makan tengahari atau makan malam. Setelah 3 bulan tak buat, hari ni terlintas nak menikmatinya untuk makan tengahari.... Bertambah-tambah anakku makan nasi!! ermm.. layan!!.....




Ayam Kukus ( Simple dan sedap)

Seekor ayam muda (di bersihkan dan jangan dipotong)
2 inci halia
4 ulas bawang putih
1 sudu garam
* bahan-bahan ini di tumbuk dan di gaulkan dengan ayam kemudian dikukus selama lebih kurang 40minit - 1 jam (ikut saiz ayam). Cara penyediaan, boleh di potong-potong atau di hidangkan tanpa dipotong, tetapi kalau nak makan sekeluarga kena serentak.

Sos
6 biji cili merah
6 biji cili padi ( ikut suka, kalau nak lebih pedas boleh tambah cili )
2 ulas bawang putih
1 biji buah tomato
1/2 inci halia
1 sudu garam
4 sudu gula
4 sudu cuka makan
1 cawan air masak
2 sudu sos ikan ( jika suka, tetapi jika letak sos ikan lebih sedap )
** Semua bahan-bahan di kisar dalam blender hingga lumat. Siap, boleh dihidangkan.

Salad
Timun
Tomato
Daun salad
*** Semua bahan di potong dan di hias di atas pinggan.

Kuah sup.
Air kukusan ayam ( air yang di gunakan untuk mengukus ayam di gunakan sebagai sup)
1 batang Serai ( masukkan serai semasa nak kukus ayam tadi , bau akan keluar sangat wangi dan menyelerakan)
Sedikit bawang goreng
air limau nipis/kasturi
sedikit serbuk perasa ( jika suka)
daun sup/daun bawang
**** Air kukusan bersama serai tadi di perisakan dengan garam, perasa, jus limau nipis dan ditaburkan dengan bawang goreng dan daun sup.
Dah siap bolehlah di hidangkan...

No comments:

Post a Comment