Sunday, January 10, 2010

Petua Berkenaan TELUR......















Kulit telur mudah dikupas


Bagi memastikan telur tidak rosak semasa dikupas, cuci bersih telur sebelum merebus bagi menjamin kebersihannya kemudian sewaktu merebus masukkan sedikit garam ketika air rebusan sedang mendidih. Tutup rapat dan setelah masak alirkan air paip ke dalam bekas rebusan telur. Apabila sejuk kupaslah seperti biasa.

Cara kedua pula, rebuslah telur seperti biasa. Masukkan garam ketika air rebusan telur tadi mendidih. Setelah mendidih angkat dan kemudian ambil senduk besi ketuk perlahan-perlahan kulit telur tadi hingga kulitnya retak. Biarlah sehingga sejuk barulah di kupas. Telur akan lebih sedap kerana air yang bergaram tadi dapat di serap oleh telur.


Telur Tahan lama

Jika anda membeli telur dalam jumlah yang banyak jangan sesekali anda simpan pada suhu bilik kerana anda pasti tidak sempat untuk habiskan memasak telur tersebut. Sebabnya telur akan cepat rosak. Cara yang lebih baik simpanlah didalam peti sejuk kerana telur yang akan tahan berminggu-minggu. Jangan sesekali biarkan di simpan di dalam plastik pada suhu bilik kerana udara dalamnya pasti akan meningkat dan merosakkan telur, Tetapi jika anda memasukkan telur yang didalam plastik itu ke dalam peti sejuk tidak mengapa.


Telur mata kerbau

Jika anda suka makan telur mata kerbau, cara penyediaan mestilah betul kerana tidak semua orang pandai menggoreng telur mata kerbau dengan cantik kerana ia mudah pecah ketika di terbalikkan. Gunakan kuali yang tidak melekat ( non-stick pan) adalah cara terbaik ketika menggoreng telur mata kerbau kerana anda akan meminimakan penggunaan minyak. Gunakan api yang agak besar untuk meranggupkan sebahagian telur tetapi haruslah di jaga agar ia tidak hangit. Gunakan sudip yang nipis untuk terbalikkan telur dan jangan sekali-kali menggunakan sudip yang tebal seperti sudip kayu sebab ia akan merosakkan telur. Sodok perlahan-lahan di bawahnya untuk memastikan telur tidak melekat. Kemudian sengetkan kuali dan luncurkan telur pada sudip kemudian terbalikkan dengan cepat. Jangan tutup telur yang sedang digoreng kerana ia akan membekukan kuning telur. Ingatlah ciri-ciri telur mata yang sedap adalah ia mesti mengandung 3 faktor iaitu, rangup pada sebahagian putih telur, lembut pada sebahagian putihnya dan cair pada kuningnya. Lazat sekali jika dimakan dengan kicap dan lada sula!


Telur separuh masak

Ramai yang fail bila membuat telur separuh masak. Jika anda terlebih merebus akan ia akan menjadi keras dan jika terkurang masa merebusnya pula ia tidak sempurna masaknya. Jadi berapa lamakah yang diperlukan untuk memasak telur separuh masak ini???. Ianya subjektif kerana jika saya kata 5 minit mungkin ia sesuai untuk 5 biji telur tetapi tidak sesuai untuk 10 biji atau 15 biji telur. Belum lagi dengan besar mana api yang anda gunakan untuk memasaknya. Sebab dapur gas bukanlah seperti oven yang mempunyai ukuran pemanasan yang standard. Petua saya gunakanlah sahaja alat membuat telur separuh masak yang berada dipasaran. Cara menggunakannya mudah sahaja dengan meletakkan air panas di dalam bekas yang sudah berisi telur kemudian tinggalkan sehingga semua air di dalamnya turun ke bawah. Telur siap untuk di hidangkan. Selama saya menggunakan alat ini saya tak pernah fail membuatnya dan tak perlu risau telur tak jadi separuh masak.















Telur Dadar


Cara memasak telur dadar adalah berbeza dengan menggoreng telur mata kerbau. Rasanya cara penyediaannya, semua orang tahu. Jika anda ingin membuat kelainan dari biasa campurkanlah telur dadar dengan sayur-sayuran seperti tomato, cendawan tiram, karot cincang, daun bawang, daun sup, taugeh dan sebagainya termasuk cili dan bawang. Telur dadar akan mempunyai rasa berbeza jika anda meletakkan bawang goreng di dalamnya. Jika anda suka boleh juga di tambah daging cincang, udang atau isi ayam. Jika anda ingin meletakkan daging cincang masaklah dahulu daging tersebut baharulah di campur dengan telur dadar tadi sebelum di goreng. Anda juga boleh menambah pelbagai perisa ke dalam telur dadar untuk kelainan rasa seperti kicap, sos tiram, serbuk lada sula atau serbuk kari. Telur dadar juga sedap jika anda menambah keju didalamnya. Cuba pelbagaikan rasa mengikut kreativiti anda. Jadikan hidangan telur ini sesuatu yang istemewa bukan sekadar masakan orang yang malas.

1 comment:

  1. aaaaaaaaa.. i pun slalu fel wat telur separuh masak.. sebab takder alat ni i jerang je.. tp kadang jadi ok kadang tak.. geram gak.. pasni i kene cari gak bekas ni... tq u!!~ :D

    ReplyDelete