Thursday, February 11, 2010

Jangan makan Kepak dan leher ayam!

Setahun yang lepas saya dikenalpasti oleh doktor menghidapi penyakit 'ovarian cyst' kerana di saat itu saya menghadapi kitaran haid yang tidak normal. Bimbang dengan keadaan itu saya berjumpa pakar sakit puan terletak di KPJ. Sewaktu doktor memberitahu penyakit itu, saya terkedu... bingung apakah penyakit itu?. Saya tak pernah dengar dan tertanya-tanya adakah ia kanser atau sejenis penyakit yang berbahaya.

Dari apa yang dikatakan oleh doktor yang merawat saya, ia adalah sejenis tumbuhan membengkak yang mengandungi cecair dan ia tidak merbahayakan. Tetapi ia sangat mengganggu kitaran haid seperti yang saya alami. Bengkak 'cyst' saya sudah membesar sebanyak 4 cm dan doktor memberitahu saya tidak perlu menjalani operasi untuk membuangnya namun saya perlu mengambil beberapa jenis ubat untuk memulihkan penyakit saya itu.

Untung juga saya dengan cepat membuat rawatan jika ia dibiarkan, pasti ia akan merbahayakan diri saya dan saya perlu menjalani operasi untuk membuangnya.

Kini sudah setahun berlalu. Penyakit saya itu sudah pulih. Dan kitaran haid saya sudah normal semula... Malangnya saya terbaca pula entri daripada snopes.com.

http://www.snopes.com/food/tainted/wingcyst.asp

Dari apa yang tertera pada entri tersebut, penyakit 'cyst ' ini adalah berpunca dari kekerapan memakan kepak dan leher ayam.

Ayam yang dijual di pasaran masa kini telah disuntik dengan steroid agar cepat besar untuk memenuhi keperluan pasaran. Biasanya suntikan dilakukan pada bahagian leher dan sayapnya. Oleh kerana itu, pada dua tempat inilah terdapat konsentrasi steroid yang paling tinggi. Steroid ini akan memberi kesan kepada homon wanita dan akan menyebabkan penyakit 'ovarian cyst'.

Saya terkedu serta rasa amat risau dan sedih sekali.... kerana selama ini kepak dan leher ayam adalah makanan kesukaan saya dan sebelum terbaca entri tersebut saya masih lagi memakannya. Saya risau saya akan kembali mengalami penyakit tersebut semula.... Namun kini tidak lagi... saya tak akan sentuh chicken wing dan leher ayam lagi.......tidak akan lagi....

5 comments:

  1. saye juga suka mkn kepak ayam...tp selepas bace nie, sye akan cube sedaya upaya untuk hilangkan tabiat tu.

    ReplyDelete
  2. Kalau nak makan kepak ayam carilah ayam yang tidak disuntik, yang diternak sendiri atau ayam kampung... lebih selamat!

    ReplyDelete
  3. salam..saya follow..entri kita hampir sama tajuk..salam kenal ye,saya pun nak mkn kepak ayam kg je la..huhu

    ReplyDelete
  4. sy pn suke kchicken wing...lps ni..xnk mkn dh la chicken wing...huuhhuuu..thanks 4 sharing ur experience..:)

    ReplyDelete
  5. Salam, rujukan snopes.com yg diberi menyatakan kenyataan ’growth hormone injected into chicken wing causes ovarian cyst in woman’ adalah tidak benar.

    Pada pendapat wex, kita makan berpada2, bpatutan. Wex pn prefer ayam kampung.

    Wex pngidap polycystic ovarian syndrome. Mmg the symptoms related to hormone imbalance.

    ReplyDelete