Sunday, July 25, 2010

Pasta Dengan Bebola Daging

















Resepi Pasta Bebola daging

1 paket pasta @ spegeti ( saya guna jenis fetuchini )
minyak zaitun secukupnya
Keju parmesan ( saya guna yang serbuk )

Cara penyediaan
1. Didikan air dalam periuk. Masukan pasta dalam air yang telah mendidih…
2. Bila telah masak angkat dan toskan… gaulkan pasta dengan minyak zaitun.
3. Hidangkan dalam pinggan.
4. Buatlah sos Pasta dan bebola daging.

Resepi Sos Pasta ( sumber : Dapur 1001resepi )

Bahan-bahan
1 botol besar instant sauce (sebarang jenama- saya guna jenama Prego )
2 tin besar chopped tomato
3 sudu besar cili kisar
500g daging kisar ( separuh daripadanya saya buat bebola daging )
1 tin besar cendawan butang
1 tin sederhana nenas dalam sirap
daun basil kering
parsely kering
garam dan gula secukupnya
kiub perisa
bawang putih, dicincang
bawang besar, dicincang
minyak zaitun

Cara Membuat
1) Panaskan minyak zaitun kedalam kuali yang sesuai. Tumis bawang putih dan kemudian masukkan daging kisar.
2) Masak sebentar (10 minit). Masukkan pasta sauce, tomato, cili kisar, cendawan butang yang telah dipotong nipis, nenas dengan sirap sekali dan rebus sehingga sauce pekat.
3) Masukkan lain-lain bahan. Sedia untuk dihidang.

Resepi Bebola daging

250 g daging kisar
100 g besar tepung ( sebarang tepung pun boleh )
1 biji telur
1 biji bawang besar cincang
1 ulas bawang putih cincang
sedikit garam
sedikit lada sulah

Cara penyediaan
1. Satukan semuakan bahan diatas dan gaul rata.
2. Bulat-bulatkan bahan tadi untuk membentuk bebola daging.
3. Bolehlah di bakar, gorenng atau celur, terpulanglah pada anda.
4. Saya buat terus je masukkan dalam kuah pasta yang telah mendidih. Tutup api setelah bebola masak.

** Saya masukkan sedikit keju parmesan dalam sos pasta kemudian tabur sedikit keju atas pasta bersama bebola daging tadi… yummy!!!

Anda mahu banyak lagi resepi... sila klik di Potret Kasih.


No comments:

Post a Comment