Sunday, July 18, 2010

Resepi Sambal Sotong Cili Api

Hari ni tak tau atau bingung nak masak apa?? bagai mana kalau saya suggest masak sotong pedas je.... Sotong pedas cili api ni memang berapi bagi sesiapa yang tak tahan pedas. Tapi bagi yang sukakan advanture, memakan memakan makanan yang pedas ni merupakan suatu keseronokan........ Betul!!!! kalau tak percaya cubalah masakan ini!!!












Resepi Sambal Sotong Cili Padi

300 g sotong ( di bersihkan dan di potong2 )
10 -15 cili padi ( ikut kepedasan yang diingini )
1 labu bawang besar ( dikisar )
3 ulas bawang putih ( dikisar )
1/2 inci halia ( dikisar )
1 batang serai ( di kisar )
1 biji buah tomato ( di kisar )
2 sudu besar santan pekat atau susu cair
garam secukup rasa
gula secukup rasa
perasa ( optional )
minyak untuk menumis

Cara Penyediaan

1. Tumis bahan2 yang telah dikisar hingga kering air dan pecah minyak.
2. Masukkan susu cair atau santan, garam, gula dan perasa ke dalam bahan tumisan.
3. Kacau rata dan masak lagi hingga betul- betul kering airnya.
4. Masukkan sotong dan sesuaikan rasa. Bila sotong masak bolehlah di angkat dan dihidangkan.

Resepi ni di ambil dari blog Potret Kasih. Ada banyak lagi resepi menarik.... Jika anda suka memasak silalah bertandang ke Potret Kasih untuk dapatkan pelbagai jenis resepi......

No comments:

Post a Comment