Saturday, October 29, 2011

Air Tangan Orang Yang Tak Solat





AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT
------------------------------------------------

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. 

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

*Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. 

**Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain
memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. 

Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.


★ Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup.
Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala.






"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali 
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh 
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran". 
~Surah Al-'Asr.


Sumber dari facebook rakan2... di share buat renungan diri ku sendiri.....
Sumber gambar : dr. google

Tuesday, August 9, 2011

Resepi Ayam Percik



Dah lama saya tak masak ayam percik ni... ari ni terlintas nak masak dan makan ayam percik buat berbuka puasa...Resepi kat bawah ni memang best... dan dari dulu lagi kalau saya nak masak ayam percik saya guni resepi ni je...sesiapa yg berminat nak masak ayam percik ni jom layan resepi...
Resepi Ayam percik( sumber ; Potret Kasih )
Bahan-bahan 
1 ekor ayam saiz sederhana ( di potong dan dibersihkan )
2 biji bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1  inci halia (dikisar)
1 inci  kunyit hidup ( dikisar )
1 sudu teh jintan manis ( dikisar )
1 sudu teh jintan putih ( dikisar )
1 sudu makan ketumbar ( dikisar )
2 batang serai (dikisar)
3 -4 biji buah keras ( dikisar )
2 sudu besar cili kisar
1 biji kelapa diambil 1 liter santan -
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
air secukupnya untuk kuah
Minyak masak untuk menumis
Cara Penyediaan
1. Satukan bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, serai, jintanmanis, jintan putih, biji ketumbar, buah keras dan cili kisar dalam blender kemudian kisar bahan2 hingga hancur.
2. Tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak, kemudian masukkan santan dan air.
3. Masak dan kacau hingga kuah mendidih.
4. Masukkan sedikit garam, asam gelugur dan gula. Sesuaikan rasanya.
5. Masukkan ayam yang telah dipotong2 dan dibersihkan tadi kedalam kuah dan masaklah hingga ayam 3/4 masak.
6. Setelah ayam 3/4 masak  keluarkan ayam tadi  dan ketepikan.
7. Sementara itu, kuah ayam tadi dimasak hingga pekat dan diangkat.
8. Susun ayam tadi di dalam tray, lumurkan dengan kuah tadi dan bakar dalam oven selama 20 – 25 minit.
9. Balik2kan ayam tadi dan lumur sekali lagi dengan kuah dan bakar selama 20 – 25 minit lagi….
10. Angkat dan sedia utk dihidangkan.
** ayam boleh juga di bakar di atas arang… tp saya bakar dalam oven utk lebih mudah.

Wednesday, April 27, 2011

Mandi Time



Hari ni amik gambar masa sara lepas mandi.... Hari ni mood sara baik sangat!! masa mandi langsung tak nangis... masa pakai lotion, bedak dan pakai baju pun Sara tak nangis... siap boleh posing2 lagi!!



Tengah fikir apa agaknya tu ye....

Monday, April 25, 2011

Nur Sarah Marissa

Salam...

Hari ni agak free sikit. So saya resize dan upload gambar2 baby Sarah ke blog saya ni khas buat tatapan nenek Sarah yang berada di Johor. Nenek Sarah kat Johor dah tak sabar2 nak tengok cucu kat sini kan, tapi belum berkesempatan lagi kesini kerana sibuk menjaga cucu-cucunya yang lain kat sana... InsyaAllah lepas pantang nanti kami semua akan pulang ke Johor untuk bertemu nenek. Sementara tu nenek rajin2lah buka blog Potret Kasih ya, sebab saya akan letakkan gambar terbaru Sarah untuk nenek lepas rindu...



Baby Sarah,  30 minit selepas dilahirkan! Gambar ni kakak Anis yang tangkap...



Hari pertama Baby Sarah dilahirkan!! Masa ni muka sarah bengkak sikit... nampak tembam je.. Masa ni kat Hospital lagi..



Hari kedua Baby sarah dilahirkan... bengkak kat mukanya dah surut sikit!! Baby Sarah baik sangat... lepas menyusu terus tidur....



Hari ketiga Sarah dilahirkan.... Masa ni dah pulang kat rumah. Kat rumah panas sikit so saya buka bedungnya... walaupun bising dan ramai yang datang menziarah Sarah tapi Sarah terus je tidur!!



Hari ke empat... Punyalah susah nak amik gambar Sarah buka mata, kerana sepanjang hari asyik tidur.. at last dapat gak tangkap gambar Sarah buka mata.... Hari keempat ni Sarah kena gi ke hospital sebab doktor nak check Sarah ada kuning ke tak... Syukur Sarah tak ada kuning!!!



Hari kelima - Sarah dah aktif sikit... Kalau panggil nama dia dah pandai toleh2 dan senyum2.



Hari keenam Sarah tido dah semakin lasak. Kepalanya selalu beranjak dari bantal kerana sarah suka mengiring kekiri dan kekanan...


Hari ke tujuh, To Ma dan Tok Abah datang menziarah untuk kali kedua... Hari ni Tok Ma lepas geram utk menggentel Sarah!!!! Berat badan Sarah dah naik sikit... bila pegang dah terasa!!

Saturday, April 23, 2011

Pengalaman Bersalin

Salam....

Sekarang ni baby tido.... saya pun terasa gatal2 tangan nak mengupdate blog saya ni..... Actually sekarang ni hari ke 6 saya berpantang!.... hari pertama  saya memang tak dapat bangun kerana luka pembedahan saya masih terasa sakit. Tapi hari kedua dan ketiga  dah boleh bangun sikit2 utk bergerak ketandas walaupun masih sakit dan perlu dibantu. Hari ke 4 baru rasa ok sikit, walaupun masih sakit tapi dah kurang sikit.

Actually ni first time saya melahirkan baby melalui pembedahan... ramai yang tanya mana yang lebih sakit samaada secara normal atau pembedahan. Terus terang saya kata dua2nya memang sakit. Cuma sakitnya berbeza!. Sakit bersalin normal lebih pendek ( paling teruk pun 10 - 12 jam ). Sakit bersalin melalui pembedahan lebih panjang ( lebih kurang seminggu menahan sakit dan kena jaga sangat2 di bahagian perut yang luka).

Pemakanan dalam pantang kena jaga... saya suka makan banyak sayur2an masa dalam pantang. Walaupun orang tua2 kata sesetengah jenis sayur tak elok sebab sejuk, tapi saya tak peduli, saya tetap makan jugak!!! Ikan, ayam dan daging saya tak berapa ambil.... cuma saya letak ikan bilis banyak2 dalam sayur saya utk dapatkan kalsium. Saya memang jaga sangat2 agar saya cepat baik dan dapat melakukan aktiviti  seperti biasa...

Terimakasih sangat pada my hubby dan anak2... kerana sepanjang saya sakit dia menjaga dan menguruskan saya dan anak2. Dari memasak, menguruskan keperluan saya masa dlm pantang, menguruskan baby, menguruskan 2 lagi anak saya yg lain, mengemas rumah, membasuh kain serta lampin baby dll. Setiap malam dia tertidur kepenatan sambil berdengkur!! Tapi bila tengok babynya, wajah yang penat tu bertukar senyum hingga ketelinga.... Terima kasih papa!!! luv u so much!!



Saya bersalin kat KPMC Kajang! Anak pertama dan kedua saya lahir di hospital kerajaan. Tapi untuk yang ketiga ni saya bersalin kat hospital swasta memandangkan usia saya dan tekanan darah tinggi saya yang semakin naik. Suami saya dapatkan khidmat doktor pakar agar saya dan baby selamat. Kos bersalin kat sini untuk normal Rm 1100 - Rm 1800 ( bergantung pada bilik yg anda ambil sama ada single, twin atau 3 katil ). Untuk bersalin secara pembedahan sediakanlah duit dalam Rm 4500 - rm 5000. Layanan kat sini memang tip top!!. Kakitangannya sgt baik dan ramah!!

Saya tanya doktor saya tak pernah ada darah tinggi ... kenapa tiba2 tekanan darah saya naik.... doktor kata bila usia meningkat ginjal dan organ2 saya tak cukup kuat untuk menampung 2 org ( diri saya dan baby). Keadaan tu yg menyebabkan tekanan darah meningkat... Bila dah bersalin elok pulak tekanan darah saya normal balik...

Gambar kat atas tu gambar saya beberapa minit selepas pembedahan... waktu ni kaki masih kebas, kepala tengah pening kerana ubat bius dan saya mengigil kesejukkan kerana bilik pembedahan tu tersangat-sangat sejuk!!! Sepanjang pembedahan memang tak rasa sakit kecuali pening dan sejuk sahaja....



Wajah gembira my hubby memangku putri bongsunya...



Baby mendapat ciuman dari ibu saudaranya.....



Kakak Anis pun tak ketinggalan nak bergambar dengan baby...



Abang Aiman tengah belajar2 nak pegang baby.....



Nilah wajah cahayamata baru saya... Nur Sarah Marissa!! Welcome to our life swetheart!!!

Wednesday, April 20, 2011

Alhamdulillah, Saya Selamat Melahirkan...

Salam...

Alhamdulillah saya kini telah selamat melahirkan baby girl pada 17 April 2011 lalu... terima kasih pada semua yang telah mendoakan kesejahteraan saya dan baby saya... hanya Alllah sahaja yang dapat membalas segala keikhlasan hati anda semua... Saya sekarang masih dalam berpantang setelah melahirkan secara pembedahan... dan memerlukan sedikit waktu untuk berehat... InsyaAllah jika ada masa dan umur saya akan update blog saya ni seperti biasa...



Inilah buah hati kami sekeluarga..... Alhamdulillah....

Nama : Nur Sarah Marissa
Jantina : girl
Lahir pada: 17 April 2011 ( Ahad ), 8.05 am...
Berat : 2.85 kg

Friday, March 25, 2011

Tekanan Darah Tinggi saya Meningkat...


Saya baru balik dari Medical check up untuk kandungan saya yang berusia 35 minggu. Alhamdulillah, setakat ni kandungan saya tak ada masalah. Baby sihat dan aktif…. kedudukan kepalanya dah berada di bawah.. dah tak seperti 2 minggu lepas, baby saya suka sangat berkedudukan melintang  dan amat merisaukan saya…
Dan yang paling merisaukan saya ialah tekanan darah saya.. bila doktor check tekanan darah saya 140/90.  Doktor kata tekanan darah saya adalah sempadan ( border ) antara normal dan darah tinggi. Dan saya harus berusaha mengawal dan menurunkan darah tinggi saya….kalau tidak tidak rawatan susulan utk saya harus dijalankan…
So saya harus dapatkan seberapa banyak info tekanan darah tinggi, supaya saya boleh memahami apa itu tekanan darah tinggi sebenarnya….
Berikut adalah carta tekanan darah untuk panduan kita bersama. Anda boleh check tekanan darah anda sebenarnya berada dalam keadaan berbahaya atau tidak.
Tekanan DarahSistolik (angka pertama)Diastolik (angka kedua)
Darah rendah atau hipotensiDi bawah 90Di bawah 60
Normal90 – 12060 – 80
Pre-hipertensi120 – 14080 – 90
Darah tinggi atau hipertensi (stadium 1)140 – 16090 – 100
Darah tinggi atau hipertensi (stadium 2 / berbahaya)Di atas 160Di atas 100
** ketika anda memeriksa tekanan darah, ada 2 angka yang biasa disebut seperti 120/80. Apa yang dimaksud angka-angka tersebut? Angka pertama (120) yaitu tekanan darah sistolik, yaitu tekanan saat jantung berdenyut atau berdetak (sistol). Sering disebut tekanan atas. Manakala Angka pertama (80) yaitu tekanan darah diastolik, yaitu tekanan saat jantung beristirahat di antara saat pengepaman. Sering disebut tekanan bawah.
Apakah Tekanan Darah Tinggi
Apa yang dimaksud dengan tekanan darah? Tekanan darah yaitu tekanan yang dialami darah pada pembuluh arteri ketika darah di pam oleh jantung ke seluruh anggota tubuh manusia. Tekanan darah dibuat dengan mengambil dua ukuran dan biasanya terdapat dua angka yang akan disebut oleh dokter. Misalnya dokter menyebut 140-90, maka artinya adalah 140/90 mmHg. Angka pertama (140) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung atau pada saat jantung berdenyut atau berdetak, dan disebut tekanan sistolik atau sering disebut tekanan atas. Angka kedua (90) menunjukkan tekanan saat jantung beristirahat di antara pemompaan, dan disebut tekanan diastolik atau sering juga disebut tekanan bawah.
Setelah mengetahui tekanan darah, pasti Anda ingin mengetahui apakah tekanan darah Anda termasuk rendah, normal atau tinggi. Carta kat atas tadi adalah penggolongan tekanan darah berdasarkan angka hasil pengukuran dengan tensimeter untuk tekanan sistolik dan diastolik:
Penyebab darah Tinggi
Keturunan
Faktor ini adalah diluar kawalan anda. Jika seseorang memiliki orang-tua atau saudara yang memiliki tekanan darah tinggi, maka kemungkinan ia menderita tekanan darah tinggi lebih besar. Statistik menunjukkan bahwa masalah tekanan darah tinggi lebih tinggi pada kembar identik daripada yang kembar tidak identik. Sebuah penelitian menunjukkan bahwa ada bukti gen yang diturunkan untuk masalah tekanan darah tinggi.
Usia
Faktor ini juga diluar kawalan kita. Kajian menunjukkan bahwa seraya usia seseorang bertambah, tekanan darah pun akan meningkat. Anda tidak dapat mengharapkan bahwa tekanan darah anda saat muda akan sama ketika anda bertambah tua. Namun anda dapat mengendalikan agar jangan melewati batas atas yang normal.
Garam
Faktor ini bisa Anda kendalikan. Garam dapat meningkatkan tekanan darah dengan cepat pada beberapa orang, khususnya bagi penderita diabetes, penderita hipertensi ringan, orang dengan usia tua, dan mereka yang berkulit hitam.
Kolesterol
Faktor ini dapat anda kendalikan. Kandungan lemak yang berlebih dalam darah Anda, dapat menyebabkan timbunan kolesterol pada dinding pembuluh darah. Hal ini dapat membuat pembuluh darah menyempit dan akibatnya tekanan darah akan meningkat. Kendalikan kolesterol Anda sedini mungkin. Untuk tips mengendalikan kolesterol.
Obesitas / Kegemukan
Faktor ini bisa Anda kendalikan. Orang yang memiliki berat badan di atas 30 persen berat badan ideal, memiliki kemungkinan lebih besar menderita tekanan darah tinggi.
Stress
Faktor ini juga dapat anda kendalikan. Stres dan kondisi emosi yang tidak stabil juga dapat memicu tekanan darah tinggi.
Rokok
Faktor ini dapat anda kendalikan. Merokok juga dapat meningkatkan tekanan darah menjadi tinggi. Kebiasan merokok dapat meningkatkan risiko diabetes, serangan jantung dan stroke. Karena itu, kebiasaan merokok yang terus dilanjutkan ketika memiliki tekanan darah tinggi, merupakan kombinasi yang sangat berbahaya yang akan memicu penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung dan darah.
Kafein
Faktor ini bisa Anda kendalikan. Kafein yang terdapat pada kopi, teh maupun minuman cola bisa menyebabkan peningkatan tekanan darah.
Alkohol
Faktor ini bisa Anda kendalikan. Konsumsi alkohol secara berlebihan juga menyebabkan tekanan darah tinggi.
Kurang Olahraga
Faktor ini bisa Anda kendalikan. Kurang olahraga dan bergerak bisa menyebabkan tekanan darah dalam tubuh meningkat. Olahraga teratur mampu menurunkan tekanan darah tinggi Anda namun jangan melakukan olahraga yang berat jika Anda menderita tekanan darah tinggi.
Bagaimana Mencegah Dan Mengatasi Tekanan Darah Tinggi
1. Kurangkan mengambil garam dalam makanan Anda. Jika Anda sudah menderita tekanan darah tinggi sebaiknya anda menghindari makanan yang mengandung garam.
2. Ambillah  makanan yang mengandung kalium, magnesium dan kalsium. Kalium, magnesium dan kalsium mampu mengurangi tekanan darah tinggi.
3. Jauhlkan minum minuman atau makanan beralkohol.
4. Olahraga secara teratur dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Jika Anda menderita tekanan darah tinggi, pilihlah olahraga yang ringan seperti berjalan kaki, berbasikal, lari santai, dan berenang. Lakukan selama 30 hingga 45 minit sehari sebanyak 3 kali seminggu.
5. Makan sayur dan buah yang berserat tinggi seperti sayuran hijau, pisang, tomato, seleri, tembikai, dan oren.
6. Jalankan terapi anti stres agar mengurangkan stres dan anda mesti berusaha  mengendalikan emosi anda.
7. Berhenti merokok juga berperanan besar untuk mengurangkan tekanan darah tinggi atau hipertensi.
8. Kendalikan kadar kolesterol Anda.
9. Kendalikan diabetes Anda.
10. Hindari ubat/rumusan yang dapat meningkatkan tekanan darah. Dapatkan nasihat doktor jika Anda menerima pengobatan untuk penyakit tertentu, untuk mintalah ubat yang tidak meningkatkan tekanan darah.
Tekanan darah tinggi atau hipertensi bukan suatu penyakit yang tidak dapat dihilangkan. Anda boleh mengendalikannya dan mencegah darah tinggi.
InsyaAllah selepas ni saya akan cuba entri resepi2 sihat untuk mengurangkan darah tinggi…..

Friday, March 4, 2011

Mengidam Oh Mengidam


Entah kenapa aku asyik teringat-ingat je nak makan buah ni... kat mana nak cari ye!!!..

Rasanya dah lebih 10 tahun aku tak makan buah ni... dan buah ni dulu merupakan buah yang aku paling tak teringin nak makan!! sebab tu dah bertahun aku tak makan... kalau ada depan mata pun tak teringin nak beli!!!

Tapi bila pregnant ni, buah ni pulak yang paling aku teringin nak makan... rasa cam sedap je bila gigit buah tu... yang paling mengiurkan bila dapat makan buah sambil menelan jus dia yang manis tu.... Aduhhh pengsan... kenapa dengan aku ni!!!

Sunday, January 30, 2011

Cinta Sejati Chris Medina

Salam...
Sedih betul saya tengok video ni...kisah cinta sejati Chris Medina terhadap tunangnya... walaupun tunangnya sudah cacat dan tidak sempurna seperti dulu namun ia tidak melunturkan cinta dan kasih sayangnya sama sekali...

Tak macam sesetengah lelaki kan... isteri baru gemuk sikit... tak sempat mengurus diri, sibuk dengan anak2 dan sibuk mencari rezeki... dah sibuk nak mencari lain...

Jom layan video ni...jangan lupa sediakan tisu sekali ya.....



Friday, January 21, 2011

Kandungan Bahaya Dalam Mee Segera

 gambar hiasan


136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.

Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.

Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma

Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

Tuesday, January 11, 2011

Hati-hati.. Penyakit Jantung Muda Meningkat!!



Salam....
Baru-baru ni kita di kejutkan dengan kematian artis yang meninggal secara mengejut kerana serangan penyakit jantung. Walaupun pelakon artis tersebut masih muda tapi penyakit jantungan ini tidak mengenal mangsanya... tak kita tua atau muda... miskin atau kaya... setiap orang berkemungkinan menghadapi risiko penyakin jantung jika alpa dan tidak menjaga kesihatannya.....


Menurut kajian Unit Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang dijalankan Perunding Kardiologi PPUM, Dr. Ahmad SyadiMahmoos Zuhdi, 20 peratus pesakit jantung terdiri daripada mereka yang berumur 40 tahun ke bawah.

Hasil kajian juga menunjukkan lebih 95 peratus terdiri daripada lelaki.

Pakar Perunding Kardiologi, Pensyarah Kanan PPUM, Dr. Zul Hilmi Yaakob memberitahu, kajian itu bertujuan membuat perbandingan antara statistik pesakit muda dan tua.

Statistik itu menunjukkan pesakit yang berumur 40 tahun ke bawah meningkat.

“Kebanyakan pesakit mempunyai gaya hidup yang tidak baik termasuk aktif merokok. Pesakit juga tidak tahu bahawa mereka menghidap sakit jantung sehinggalah pemeriksaan dibuat.

Ada juga pesakit menganggap sakit dada sebagai penyakit biasa kerana tidak menyangka ia sebenarnya sakit jantung sebab umur masih muda,” ujarnya.

Justeru itu, beliau menasihatkan orang ramai menjalankan gaya hidup sihat, berhenti merokok dan segera membuat pemeriksaan di bahagian kecemasan hospital jika tiba-tiba mengalami sakit dada.

Sementara itu, menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, akibat tidak bersenam dan gagal mengamalkan gaya hidup sihat dipercayai menjadi faktor bilangan penghidap penyakit jantung yang baru mencecah sehingga 38,000 orang setiap tahun.

Jumlah tersebut menggambarkan penyakit jantung sebagai penyumbang kematian terbesar di hospital-hospital kerajaan iaitu 7,597 kematian atau sebanyak 16.54 peratus daripada keseluruhan 45,936 jumlah kematian yang dicatatkan pada 2008.

Di Malaysia terdapat seramai 141 orang menghidap penyakit jantung koronari bagi setiap 100,000 orang setiap tahun iaitu bersamaan 38,000 kes baru setiap tahun.

Pemeriksaan kesihatan

Terdapat beberapa simptom jika seseorang itu diserang sakit jantung, antaranya ialah:

* Rasa tidak selesa pada dada. Pesakit seolah-olah merasakan ada sesuatu yang menekan.

* Rasa sakit ini kemudiannya menular ke leher seolah-olah ada sesuatu yang mencekik.

* Rasa lenguh pada lengan terutama ketika bekerja atau melakukan sesuatu aktiviti, bagaimanapun rasa lenguh ini akan hilang apabila pesakit berehat

* Sukar bernafas seolah-olah ada sesuatu yang menikam pada dada

* Pedih perut iaitu seperti ada angin atau menghidap gastrik.

* Kepala berpusing

* Badan lemah serta berpeluh sejuk.

Dr. Zul Hilmi menasihatkan agar mereka yang mempunyai simptom-simptom tersebut supaya tidak membiarkan sehingga ke peringkat yang serius.

“Hampir sebahagian besar pesakit tidak mengendahkan simptom-simptom tersebut dengan alasan ia tidak serius. Apa yang perlu, jika anda mengalami simptom tadi, lakukan pemeriksaan kesihatan segera,” jelasnya.

Bagaimanapun, sikap tersebut merugikan kerana rawatan yang diberikan bergantung kepada tahap serius penyakit yang dihidapi.


SUMBER : UTUSAN

Friday, January 7, 2011

Petua Nak Dapat Anak Comel Dan Putih Serta Mudah Bersalin


Salam.....
Hari hari Sabtu... walaupun cuti my son dan my doter kena pergi gak kesekolah... sekolah diorang adakan program gotong royong!! so mereka kenalah terlibat... so bila dah sorang2 kat rumah jari mula gatal nak menekan papan lappy ni...

Hari ni rasa2 nak entri pasal tips cam mana nak dapat anak comel, bijak dan mudah bersalin..... dulu2 masa aku baru kahwin dan lepas tu pregnant anak pertama macam2 orang kasi macam2 petua... petua nak dapat anak putihlah.. petua nak senang bersalin ...petua nak bibir anak merah dan cantik lah dan macam2 lagi... samada betul ke tidak petua tu aku tak pasti... tapi ada beberapa petua aku ikut... dah orang tua2 suh ikut aku ikut jelah...

Kata orang kalau nak dapat kulit anak putih dan gebu kena selalu minum air soya... kalau nak dapat kulit dan bibir anak cantik dan kemerah-merahan kena selalulah makan buah strawberry.... lepas tu dengar lagi kalau nak senang bersalin masa tgh sakit nak bersalin tu minumlah air soda... petua lain minum air zam-zam untuk mudah dan dipercepatkan bersalin... masa tengah mengandung tu mulut tu jangan cabul mengutuk kecacatan orang.... jangan pulak suka pukul atau bunuh binatang termasuklah ular, kucing, lipan atau apa aja benda bernyawa... takut nanti dikatakan 'kenan'.

Kalau dapat anak putih dan comel cam ni sapa yang tak nak kan!!!

Ada pulak petua yang baik suruh kita baca ayat2 suci Al Quran... kalau nak anak cantik paras rupa dan budipekertinya kena amalkan membaca Suran Nabi Yusuf.... Hah!! yang ni aku ikut....tapi masa anak pertamalah...masa tu beria2 nak anak comel... so hampir tiap hari baca Surah Nabi Yusuf. Alhamdulillah masa baby pertama aku keluar... semua orang kata comel...kulitnya lebih putih dari kulit aku dan hubby.... anak aku ni tak banyak perangai... sangat baik dan selalu ikut cakap... senang nak jaga..

Ada lagi petua yang aku dengar kalau nak anak tu comel dan cantik... setiap hari kena tengok gambar baby yang cantik2 dan comel... yang ni aku sendiri dengar cerita ada seorang kawan yang dapat anak yang selalu tak berapa comel... kulit anak gelap2je sume...masa mengandung anak yg last tu dia selalu tengok gambar anak org putih yang gebu dan melepak...dan doa anaknya nanti akan putih dan melepak cam dalam gambar.. Bila anaknya kluar semua terkejut putih melepak je anaknya cam dalam gambar yg dia selalu tengok tu... hubby dia siap suspen lagi, takut anak tu anak org lain sebab rupa baby tu langsung tak sama dengan grupernya... gitu pulak jadinya!!!

Hai kalaulah anak aku comel cam ni...


ATAU cam ni...Geramnya tengok kecomelannya!! ( nak kena selalu tengok gambar ni.... )

Lagi satu petua kalau nak dapat anak cerdik kena amalkan membaca Surah Lokmanul Hakim.....ni pun bagus gak...dan kalau kandungan dah berusia 9 bulan bolehlah amalkan surah Maryam....InsyaAllah nanti senang nak bersalin....

Ada satu lagi petua yang wajib di ikuti sebelum nak bersalin.... kena cium tangan ibu dan suami dulu... minta doa dan  restu dari mereka... barulah mudah je bersalin.... kalau ada buat perangai dengan suami dan ibu sehingga menyakiti hati mereka anda akan mengalami kesukaran nak bersalin... serius cakap ni!!! Kadang2 mulut kita ni tak sengaja... tapi termenyakitkan hati mereka kan... tulah kena minta ampun dulu dari mereka....ni petua orang dulu2 yg dah ada banyak pengalaman..... samada anda nak ikut atau tidak terpulanglah!!!

sumber gambar : ehsan dari Google

Update:

Masa saya pregnant beberapa bulan yg lalu saya gak mengamalkan beberapa petua diatas... termasuk membaca surah nabi Yusuf dan suka tengok gambar baby comel.... Alhamdulillah baby saya sangat comel, sihat dan sentiasa senyum dan berwajah manis... Ini gambar baby saya....

Wednesday, January 5, 2011

Aiman Ponteng Sekolah...


Aku bangun pagi ni pukul 6.25 pagi... terkocoh2 aku kejutkan my son aiman gi sekolah sebab dah terlambat sikit... biasa aku bangun kul 5.00 pagi!!.... Masa siapkan breakfast, hujan turun punyelah lebat.... lepas solat subuh aku jenguk my son dah siap-siap tapi masih tercegat depan balkoni rumah ku... tunggu hujan berhenti... tapi masih lebat!!

At last... terpaksa redah jugalah hujan tu guna payung kerana jam dah hampir kul 7.30 pagi... 5 minit lepas tu nampak muka dia lagi.... aii... napa balik lagi!!! aku tanye... dia kata pintu pagar sekolah dah tutup... ramai student yang dtg lambat tak dapat masuk... untuk pengetahuan you all, rumah aku dengan sekolah tu dekat je..... hanya beberapa meter..... bumbung sekolah tu pun boleh nampak dari rumahku!!

Aku geleng kepala tengok sekolah tu... tak ada tolerensi langsung!!! Dulu pun aku pernah sekolah jugakkk... tapi bila hujan lebat cikgu bagi kelonggaran sapa yang terlewat tu dimaafkan dan dibenarkan masukk sekolah!! tapi sekolah tu!!!! Agak2-agaklah!!! dalam hujan lebat tu macam2 boleh berlaku... boleh berlaku kemalangan sebab jalan licin dan budak2 boleh sakit kerana basah dan kesejukan!!!

So Kalau cikgu benda2 cam ni pun tak boleh pikir.... aku tak tau apa nak kata!!.... so hari ni aiman ponteng jelah... nak buek camne kan.... rezeki dia dapat sambung tido!!!

Aku Makan Set Salindah Untuk Pregnant Kali ni.....


Salam...
Dah lama rasanya tak jenguk blog ni... macam dah bersawang dan dah tumbuh segala jenis pokok kat blog terbiar ni....  hari ni nak entri set salindah yang tengah aku makan sekarang ni... actually dah lama aku carik ubat ni... maaf ni bukan ubat ye... ni ramuan pemakanan tambahan untuk bayi dan ibu mengandung. Terkandung dalam bentuk homopati, biokimia dan herba...

Search kat google kat mana nak dapat benda ni dan baca gak testimoni org2 yg telah menggunakan. Semuanya memberi fedback yg positif..... Kebetulan masa aku gi MAHA 2010 ari tu aku terjumpalah dgn kiosk era edar ni... so aku beli lah sekali kat situ... diorang offer jadi ahli... so aku pun jadi lah ahli secara tak langsung... bukan apa nanti aku nak beli lagi boleh dapat harga murah kan...

Setakat hari ni aku dah makan B2... kandungan aku sekarang dah 24 minggu... alhamdulillah!! setakat ni tak de alahan teruk untuk kandungan aku kali ni... berbanding dengan anak pertama dan kedua dulu... rasanya muntah2 dan kepala aku sentiasa nampak bintang je... mabuk teruk!!! Pregnant yg ni belum muntah lagi... steady je!!

Mengidam pun tak over sangat... Hari tu ada mengidam durian... tapi sampai sekarang belum dapat makan.... hubby kata payah nak dapat sebab tak musim... aku ok jerr.. tak delah teringat sangat!! kira anak dalam perut aku ni memahami betul!!! tak delah meragam sangat sebab tak dapat makan buah durian...

Tapi aku perasan sejak aku makan benda ni... baby dalan perut ni terasa sangat aktifnya... asyik bergerak2 dan menendang aje... rasanya preg yg dulu tak delah cam ni ... aku selalu tak berapa selesa kerana baby asyik bergerak aja... tapi memang tak sabar betul nak tengok dia 3 bulan lagi....harap aku dapat melahirkan baby ni dengan selamat.... amin!!

Sunday, January 2, 2011

I surrender - Celine Dion

Ni penyanyi pujaan aku.... Best giler suara dia... lagu2 dia semua sedap2... layan jap lagu I surrender!!!



I surrender - Celine Dion

There’s so much life I’ve left to live
And this fire’s burning still
When I watch you look at me
I think I could find the will
To stand for every dream
And forsake the solid ground
And give up this fear within
Of what would happen if they ever knew
I’m in love with you

’cause I’d surrender everything
To feel the chance to live again
I reach to you
I know you can feel it to
We’d make it through
A thousand dreams I still believe
I’d make you give them all to me
I’d hold you in my arms and never let go
I surrender

I know I can’t survive
Another night away from you
You’re the reason I go on
And now I need to live the truth
Right now, there’s no better time
From this fear I will break free
And I’ll live again with love
And no the they can’t take that away from me
And they will see...

’cause I’d surrender everything
To feel the chance to live again
I reach to you
I know you can feel it too
We’d make it through
A thousand dreams I still believe
I’d make you give them all to me
I’d hold you in my arms and never let go
I surrender

Every night’s getting longer
And this fire is getting stronger, babe
I’ll swallow my pride and I’ll be alive
Did you hear my call
I surrender all

’cause I’d surrender everything
To feel the chance to live again
I reach to you
I know you can feel it too
We’d make it through
A thousand dreams I still believe
I’d make you give them all to me
I’d hold you in my arms and never let go
I surrender

Right here, right now
I give my life to live again
I’ll break free, take me
My everything I surrender all to you

Right here, right now
I give my life to live again
I break free, take me
My everything I surrender all to you