Thursday, February 25, 2010

My Name Is Khan



Filem arahan Karan Johar dengan gandingan pelakon hebat yang saya minati iaitu Shahrukh Khan dan Kajol nampak memang best. Saya rasa tak sabar menonton filem ini. Dari feedback cinema.com yang saya layari sebentar tadi, filem ini tidak mengecewakan.

Shahrukh khan dan Kajol seperti filem-filem sebelumnya masih tetap memberikan lakonan cemerlang. Sampai sekarang filem lakonan mereka berdua seperti Dilwale Dulhania Le Jayenge, Kuch kuch Hota hai, Kabhi Kushi Kabie Gham memberi kesan dihati saya dan masih di ingatan.



Monday, February 22, 2010

Kesan Kemarau

Actualy gambar dibawah ni adalah gambar yang saya rakamkan masa on the way pulang bercuti ke kampung saya raya cina lalu.....

Masa tu kemarau dan panas terik... Kebakaran dah start berlaku! Lepas ni kalau tak control jerebu lah pulak..



Tak pasti pulak kebakaran ni disengajakan atau sebaliknya..





Mungkin juga ada pemandu yang campak puntung rokok yang belum padam kearah kebun kelapa sawit ni. Api dah start menyambar.




Ni pulak kesan kebakaran. Api dah merebak kat arah sebelah pula......




Air sungai ni pada hari biasa memang penuh airnya. Tapi pada musim kemarau ni sudah mulai kering...




Teringat masa lalu.... saya pernah mandi kat sungai ni..... Seingat saya dulu airnya separas dada.... tapi kini sudah semakin cetek!

Motifnya di sini.. saya benar-benar mengharapkan hujan turun. Semoga kemarau musim ini akan cepat berakhir!!

Saturday, February 20, 2010

Berkhemah Di Pantai Batu Layar

Cuti Tahun Baru Cina kami sekeluarga pulang ke kampung di Kulai, Johor... Kami adik-beradik pakat nak camping di pantai Batu Layar... Anak-anak bukan main suke lagi nak jumpa sepupu.... Saya memang teruja nak gi sebab miss acara tahun lepas...

Walaupun percutian agak terganggu kerana tiada air disebabkan musim kemarau but still happy dapat berkumpul bersama-sama ibu dan adik-adik tercinta.....

















Ini khemah tempat kami bermalam... Yang warna oren tu saya punya.. bidan terjun je beli masa on the way nak balik kampung..

















Pagi-pagi dah bangun main bola di pantai....


















Anak-anak dah tak sabar nak mandi... Bapak budak pun sama....

















Dikejar ombak... Anak-anak main ombak... Ibunya pula sibuk tangkap gambar! buat kenangan....


















Tak sedar... mandi sampai ke petang!.


















Anis dan Alisya... memberi senyuman manis sambil menunggu ombak!


















Acara bermain pasir....


















Menjelang tengahari pengunjung semakin ramai...


















Sanwich sardin juadah sarapan pagi...


















Keropok lekor dari Trengganu....


















Sambal telur.... amat menyelerakan bila sudah kelaparan!



















Nasi goreng emak!.... Bersemangat je emak menggoreng nasi untuk anak-anak dan cucu-cucu!



















Ayam BBQ sedap hingga menjilat jari... 6 ekor ayam habis licin!!


















Seronoknya menjamu selera sambil menghirup udara segar.....



















Lepas mandi.. berehat melepaskan lelah! Muka masing-masing poyo je sebab letih! Yang baju hitam tu dah muntah 2 kali.. mabuk laut!



















Jurufoto amatur sempat merakam pemandangan indah!


















Melipat khemah... Setelah 2 hari di pantai kami berkemas-kemas untuk pulang!.


















Bergambar kenangan sebelum berangkat pulang....

Thursday, February 11, 2010

Jangan makan Kepak dan leher ayam!

Setahun yang lepas saya dikenalpasti oleh doktor menghidapi penyakit 'ovarian cyst' kerana di saat itu saya menghadapi kitaran haid yang tidak normal. Bimbang dengan keadaan itu saya berjumpa pakar sakit puan terletak di KPJ. Sewaktu doktor memberitahu penyakit itu, saya terkedu... bingung apakah penyakit itu?. Saya tak pernah dengar dan tertanya-tanya adakah ia kanser atau sejenis penyakit yang berbahaya.

Dari apa yang dikatakan oleh doktor yang merawat saya, ia adalah sejenis tumbuhan membengkak yang mengandungi cecair dan ia tidak merbahayakan. Tetapi ia sangat mengganggu kitaran haid seperti yang saya alami. Bengkak 'cyst' saya sudah membesar sebanyak 4 cm dan doktor memberitahu saya tidak perlu menjalani operasi untuk membuangnya namun saya perlu mengambil beberapa jenis ubat untuk memulihkan penyakit saya itu.

Untung juga saya dengan cepat membuat rawatan jika ia dibiarkan, pasti ia akan merbahayakan diri saya dan saya perlu menjalani operasi untuk membuangnya.

Kini sudah setahun berlalu. Penyakit saya itu sudah pulih. Dan kitaran haid saya sudah normal semula... Malangnya saya terbaca pula entri daripada snopes.com.

http://www.snopes.com/food/tainted/wingcyst.asp

Dari apa yang tertera pada entri tersebut, penyakit 'cyst ' ini adalah berpunca dari kekerapan memakan kepak dan leher ayam.

Ayam yang dijual di pasaran masa kini telah disuntik dengan steroid agar cepat besar untuk memenuhi keperluan pasaran. Biasanya suntikan dilakukan pada bahagian leher dan sayapnya. Oleh kerana itu, pada dua tempat inilah terdapat konsentrasi steroid yang paling tinggi. Steroid ini akan memberi kesan kepada homon wanita dan akan menyebabkan penyakit 'ovarian cyst'.

Saya terkedu serta rasa amat risau dan sedih sekali.... kerana selama ini kepak dan leher ayam adalah makanan kesukaan saya dan sebelum terbaca entri tersebut saya masih lagi memakannya. Saya risau saya akan kembali mengalami penyakit tersebut semula.... Namun kini tidak lagi... saya tak akan sentuh chicken wing dan leher ayam lagi.......tidak akan lagi....

Wednesday, February 10, 2010

Ally Mc Beal



Actually aku terlalu rindukan cerita ini.... Bagiku drama bersiri popular tahun 1997-2002 ni memang best dan penuh nostalgia mengingatkan aku zaman pengajian dan teman-teman kuliahku dulu!. Kisah suka duka hidup seorang peguam muda, lakonan Calista Flockhart yang penuh romantik di mana kisahnya bermacam-macam rencah dan rasa. Ada rasa bahagia, kecewa, lucu, sedih, sangat dramatik dan penuh emosi. Latar belakang muziknya, alunan Vonda Shepard menyentuh perasaan. Aku suka lihat Ally selalu bangkit dari kekecewaan setelah cintanya tak kesampaian. Kerjayanya sebagai peguam dan orang-orang di sekelilingnya menambahkan lagi keseronokan drama ini.

Rindu... saat terkenang masa lalu.....

Tuesday, February 2, 2010

Punca Rambut Beruban

Tahukah anda mengapa rambut beruban?. Yang sebenarnya uban bukanlah hanya di sebabkan oleh faktor usia sahaja tetapi uban juga berlaku pada peringkat remaja malahan kanak-kanak juga.

Kajian menunjukkan perubahan rambut menjadi putih adalah akibat daripada rantai reaksi kimia pada rambut yang menyebabkan rambut menjadi putih dengan sendirinya.

Menurut kajian dari bidang dermatologi Universiti England, terputusnya rantai reaksi inilah akan memberi implikasi terjadinya senario rambut putih di kalangan manusia.

Actualy, warna rambut telah ditentukan kepada kuantiti dan jenis-jenis melanin dalam setiap helai rambut. Terdapat 2 jenis melanin pada rambut iaitu Eomelanin (warna hitam) dan Phaeomelanin ( warna kuning).

Selain dari itu rambut beruban berlaku apabila sel-sel bulbar melanogenetik mengeluarkan sel melanin. Jika rambut anda berwarna perang bermakna sel-sel bulbar melanogenetik masih mengeluarkan melanin tetapi masih tidak mencukupi.

Sebab-sebab terjadinya rambut beruban adalah seperti berikut:
1. Faktor genetik. Ia memang tidak boleh dicegah kerana metabolisme pembentukan pigmen pada orang tua yang mengalami rambut beruban lebih awal boleh berlaku pada anak mereka.

2. Kekurangan vitamin. Tubuh yang kekurangan vitamin B dan zat besi akan cepat berlakunya pertumbuhan uban.

3. Kekurangan gizi, boleh membuatkan jumlah enzim pembentukan pigmen berkurangan. Makanan berprotien sangat di perlukan oleh tubuh untuk pembentukan enzim dan mengelakkan tumbuhnya uban.

4. Gaya hidup. Terdedah kepada asap rokok menambahkan radikal bebas dalam tubuh. Anda yang kerap merokok mempercepatkan tumbuhnya uban.

5. Rawatan yang tidak sesuai. Jika anda sering mewarnakan rambut, juga merupakan faktor rambut cepat beruban. Proses pewarna yang kurang baik atau kandungan kimia yang tidak sesuai dengan kulit kepala.

6. Kesan radiasi. Anda yang pernah mengalami masalah kesihatan seperti kanser sangat epat membantu pertumbuhan uban.

Karnival Karangkraf

Semalam KL cuti! So hubby tak kerja.. Aku ajak hubby bawa aku ke Karnival karangkraf di Section 5, Shah Alam. Berputar-putar juga kami mencari tempat kerana kami tak biasa di kawasan Shah Alam.

Aku datang kesini semata-mata nak membeli majalah lama yang aku ketinggalan membeli edisinya, seperti majalah Impiana, Mingguan wanita, Rapi, Midi, Rasa, Laman dan sebagainya. Sempat juga aku membeli novel Alaf 21, walaupun aku sudah beberapa tahun tidak membaca novel dengan harga murah( Ada diskaun 30 peratus).

Oklah jugak. Walaupun jauh tapi tak menyesal datang kesini kerana kami di layan ramah oleh kakitangan karangkraf dengan pelbagai cabutan bertuah!