Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru, 2010 Era Mencabar Untuk Kita















"Selamat Tahun Baru 2010!!
Semoga tahun baru ini menjanjikan kebahagiaan, kestabilan kewangan, Kematangan fikiran, peningkatan prestasi, kerjaya yang baik, pertambahan ilmu, peningkatan iman dan keeratan hubungan bersama orang tercinta."

Azam saya??. Sudah tentu semuanya yang diatas. Rata-rata setiap tahun lebih kurang sama saja azamnya. Yang membezakannya, USAHA ke arah itu.. mantop ke tidak!. Adakah ianya hanya coretan di diari masing-masing atau azam ini menjadi landasan kita kearah mengapai apa yang kita impikan.

Sewaktu zaman remaja saya iaitu hujung era 80an hingga ke awal era 90an, kehadiran tahun baru ini amat di tunggu-tunggu. Sebab apa!!. sebabnya esoknya cuti! kami ( zaman tu saya student, duduk sebilik dengan roomate) boleh berjaga sampai pagi. Program di Tv biasanya best. Banyak pulak konsert dari artis-artis yang diminati. Kadang-kadang tu panggil kawan kawan lain bilik datang melepak buatlah program, paling kurang bersembang-sembang dan berkongsi cerita sambil makan kerepek atau kacang. Kekadang ada cerita-cerita lucu tu kami gelak sampai nak pecah perut!.

Dating?? Ada!!!. Aku keluar dengan boyfriend (sekarang ni suami tersayang, student gak masa tu) biasanya ke KFC atau McD. Dah kenyang dan dah puas sembang kami pun baliklah!!!.. Pernah sekali dia bawa aku ke Dataran Merdeka waktu tu nak tunggu detik 12 malam, konon-kononnya nak tengok bunga api, tapi manusia punya lah ramai. sampai nak lalu pun susah! last kami cari kawasan yang agak sunyi sikit. Tapi tulah dalam sunyi-sunyi ada juga manusia. Atas rumput, atas bangku, bawah pokok, semuanya ada tapi duduk berdua-duaan dengan agenda masing-masing. Kami yang lalu di situ naik malu.. belum lagi tengok sekumpulan remaja yang minum dan mabuk..... tak berkenan betul aku melihat situasi ni...... last kami balik tak sempat nak tunggu bunga api pun. Waktu nak balik pula tersangkut kat jalanraya sebab jam giler. Serik dan tobat tak nak pergi lagi!. Tulah yang terakhir!

Sekarang ni pun aku rasa situasi seperti ini masih tak berubah bahkan lebih parah lagi. Aku pernah terbaca di sebuah majalah di acara tahun baru seperti ini ramai remaja meraikannya dengan minum air yang memabukkan dan mengadakan pesta seks. Yang menjadi mangsa gadis-gadis belasan umur yang rela dan tak kurang pula yang dirogol (biasanya gadis ini telah di beri minum dengan minuman yang mengandungi pil khayal).

Pada mereka yang mempunyai anak remaja tak kira lelaki atau gadis, janganlah lupa luangkan masa untuk memantau kegiatan mereka. Selidikilah siapa kawan-kawan mereka, kemana mereka pergi dan aktiviti-aktiviti luaran mereka. Tak salah jika anda menggunakan khidmat spy atau orang orang yang dipercayai untuk mengintip kegiatan mereka jika anda berduit.

Yang saya rasa terbaik sekali, buatlah aktiviti kekeluargaan yang istimewa, seperti bercuti ketempat-tempat peranginan, belanja anak makan di luar atau menonton wayang atau buatlah program makan-makan yang lain dari yang biasa. Pastikan program makan-makan anda, ada makanan kesukaan mereka. Mintalah anak anda terlibat secara langsung contohnya minta dia membakar sate atau BBQ ayam, daging atau kambing. Kalau mereka masih tidak gembira pelawalah anak anda untuk menjemput kawan-kawannya.

Jika anak anda mempunyai girlfriend atau boyfriend inilah peluangnya untuk anda mengenali siapakah orang yang rapat dengan mereka. Janganlah sombong untuk bermesra dengan mereka kerana anda pun boleh menilai tahap mana mereka memberi kesan negatif atau positif terhadap anak anda. Saya rasa dalam zaman yang mencabar ini tak ada apa yang dapat menyelamatkan anak kita kecuali diri kita.....Sayangilah mereka!!

Anyway Selamat tahun baru sekali lagi untuk semua....

Sunday, December 27, 2009

Jualan hujung Tahun Mengoda-goda!

Hari Krismas tahun ini jatuh hari Jumaat. Rata-rata warga yang bekerja mengambil peluang hari cuti ini untuk pulang ke kampung. Ada juga mengambil peluang ini bercuti di tempat-tempat peranginan dan ada juga yang berehat di rumah bersama keluarga yang tercinta.

Kami Sekeluarga?? Sudah pasti meluangkan masa bersama. Masak kemudian makan bersama!. Petang barulah kami jalan-jalan.... tetapi bukanlah ke tempat tempat yang mengeluarkan belanja yang banyak, tetapi pusat membeli belah terdekat iaitu Jusco, Balakong!. Aku langsung tak berniat untuk shopping. Maklum sahajalah hujung tahun ni cuti sekolah bakal berakhir!. Peruntukkan untuk belanja buku sekolah dan yuran anak-anak perlu diutamakan. Walaupun anak-anaku tak ramai namun itu bukanlah alasan untuk boros berbelanja.

Malangnya kemana aku pergi di pusat membeli-belah ini, mataku di jamu dengan tawaran potongan harga yang menarik dan berbaloi-baloi!! Dapatkah aku menahan perasaan ini.......































































Puas dari menahan diri untuk tidak tergoda... last last aku terbeli juga...... bekas susu dan bekas gula yang cantik berharga RM 4.90 satu ( harga sebenar RM 9.90 satu, diskaun 50%). Dan juga 2 piring kuih berjenama Claytan berharga RM 1.50 satu- bestbuy. Jumlah duit terbang hanyalah lebih kurang RM 13.00. Alhamdulillah.... selamat duitku!

Friday, December 25, 2009

Makan Malam Yang Membahagiakan

Sejak aku resign dari pekerjaanku 3 bulan lalu aku sekeluarga jarang makan di luar. Biasanya akulah menyediakan makanan dengan memasak apa yang ada di dalam peti sejuk. Teringat dulu sewaktu bekerja, aku hanya dapat menyediakan makanan untuk pagi dan tengahari sahaja, tetapi makan malam kami makan di luar atau di bungkus untuk di bawa pulang. Selepas pulang dari kerja aku selalunya kepenatan dan tak mampu nak bangun untuk memasak untuk suami dan anak-anakku! Mujur suami memahami dan ianya menjadi rutin kami setiap hari!.

Pada awal aku berhenti kerja aku kemaruk pula nak memasak! Sebut saja apa yang tekak teringin nak makan semuanya dapat ku sediakan... nasi ayam, nasi beriyani, laksa, mee hailam, kek, dan pelbagai lagi... Hingga berat badanku kini bertambah 5 kg!!..... Terkejut beruk aku sewaktu menimbang berat badanku! Perutku dah berlipat tiga.. Tak yah ceritalah bahagian yang lain-lain tu...... faham faham sendiri le!. Nasib baiklah bentuk badan ku jenis tinggi, hanya kurang 2 cm je dari ketinggian Linda Onn. Tak adalah nampak gemuk sangat! Sekarang ni pun aku sedang aggresif buat sit up 100 kali sehari dan tak nak makan malam!!! Tu pun kadang-kadang aje terlaksana!.

But yang aku nak sampaikan di sini bukanlah pasal bentuk badan ku yang dah naik 5 kg ni, tetapi aku nak cerita bila kita sudah lama tidak makan di luar, sesekali kita lakukan bersama keluarga tercinta, ianya sesuatu yang sungguh menyeronokkan dan membahagiakan. Lupakan dulu pasal diet!! Fokuslah dulu dengan kebahagiaan ini...........
Layann dulu...........




Air Karot susu dan air asam boi! rating 4 bintang!



Tom Yam terangkat! rating 5 bintang...


Nasi goreng Pattaya!. rating 4 bintang...


Tomyam Seafood sedapp giler! rating 5 bintang..
































Anyway tak menyesal makan di sini. Cubalah nasi goreng kampung dan Somtamnya! Pasti anda berpuas hati. Tempat dan nama kedai???.. Khairul Seafood, Masakan Ala Thai. Tempatnya di Saujana Impian, Kajang.

Tuesday, December 22, 2009

Saiful Apek, Angah dan Mie Raja Lawak gamatkan Suasana.

Semalam aku sekeluarga menghadiri Majlis Sinaran anjuran Syarikat Shamelin Bina iaitu syarikat yang mengedarkan produk antioksidan jus manggis, yang diadakan di Bangunan PGRM untuk ahli-ahlinya. Suamiku menyertai Syarikat MLM ini 3 bulan lalu. Alhamdulillah perniagaannya semakin menampakkan hasil. Dan majlis yang penuh gilang gemilang itu dimulakan dengan pembentangan pencapaian dan target syarikat serta majlis penghargaan untuk stokis terbaik, penghargaan untuk ahli-ahli yang layak mendapat tiket ke Bali serta penghargaan untuk ahli yang mendapat tabung kereta.

Saiful Apek diumumkan sebagai Duta Shamelin terbaru bersama Dato Malik Noor iaitu duta Shamelin yang sedia ada. Majlis tersebut begitu gamat dengan kehadiran 3 pelawak hebat yang saya minati, iaitu duta shamelin baru Saiful Apek, Angah dan Mie raja lawak. Persembahan yang menyebabkan kami tak kering gusi dan hilang rasa mengantuk....

Anyway, Tahniah kepada syarikat MLM bumiputra ini yang menampakkan pencapaian drastik dari segi jualan dan prestasi syarikat sangat memberangsangkan. Produk antioksidanya yang begitu hebat dimana suamiku mempromosikannya siang dan malam, sudah mula sedikit demi sedikit merubah hidup kami......


Pentas yang dah bersedia meraikan pejuang-pejuang MLM Shamelin Bina.......



Para hadirin yang kebanyakannya ahli-ahli Shamelin bersedia....



Aku dan anak bongsuku......sempat berposing!!



Angah dan Mie Raja lawak meriuhkan suasana...



Kehadiran Saiful Apek duta shamelin membuat kami tak kering gusi....



Anugerah Jaket untuk Stokis terbaik.........



Antara Stokis terhebat Shamelin! ( husband pun ada....)

Saturday, December 19, 2009

Sony Alfa 230L adalah kamera DSLR pertamaku

Jam sudah menunjukkan pukul 11.00 pagi. Appointment suamiku untuk bertemu clientnya ditunda. Tiba-tiba dia mengajak aku jalan-jalan di Low Yatt. Aku pun melompat kegembiraan kerana dah lama aku teringin ke sana untuk membeli kamera DSLR.

Aku pun bertolak dengan kereta, kemudian menaiki train menuju ke Plaza Low Yatt. Sebenarnya aku mencari kamera DSLR dengan budget terendah iaitu di bawah RM 2000.00. Targetku dulu untuk membeli Nikon D40. Malangnya stok kamera tu dah tak ada lagi rata-rata salesman menyarankan aku membeli Nikon D3000 keluaran terbaru dengan harga RM 2200. Aku tak begitu tertarik dengan harganya kerana aku gagal mendapat harga dibawah RM 2000.00. Jurujual tersebut hanya dapat memberi harga serendah Rm 2000.00 sahaja.

Aku beralih pula kepada kamera jenis Canon 1000D. Memandangkan harga yang ditawarkan masih tinggi iaitu RM 1900.00 aku masih lagi tidak berminat, justeru aku pernah terbaca di internet mengatakan lensa canon 1000D mempunyai masalah, aku beralih kepada Sony Alfa 230L.

Aku agak gembira jurujual tersebut menawarkan aku, kamera Sony Alfa pada harga RM 1750.00. Tetapi aku masih bersabar kerana aku masih ingin meninjau di kedai-kedai lain. Akhirnya aku berjaya mendapat harga paling rendah iaitu di Prodigic Digital Gallery, iaitu dengan harga RM 1680.00. Jumlah tersebut merangkumi pekej berikut:
1. Body kit + Single lens DT 18-55mm
2. Panasonic 4 GB SDHC CARD
3. Sony DSLR Video Bag
4. Tripod

Aku di tawarkan untuk membeli UV filter yang berharga RM 200, kepada harga RM 170, oleh jurujual tersebut. Memandangkan ianya dapat memberi protection pada lensa dan dapat memberi kesan yang lebih cantik kepada gambar, lalu aku bersetuju. Jumlah keseluruhan yang ku belanjakan untuk membeli kamera tersebut adalah sebanyak RM 1850.00.

Puas hati??? Sebagai kamera permulaan untuk aku belajar memotret, memang sangat aku puas hati. Sebelum aku membeli kamera ni pun aku sudah mencari info di laman web kebaikan dan kelemahan kamera ini. Rata-rata penguna kamera yang bermega pixels 10.2 ini, berkata kamera ini tak ada masalah, gambar yang cantik, Mudah untuk digunakan, ringan untuk dibawa kemana-mana, boleh digunakan secara auto atau manual. Selain dari itu ia mempunyai enjin pemprosesan imej Bionz, memiliki D-range optimiser, tahap kepekaan ISO 100-3200, anti dust, memiliki 9-point AF, memiliki dual slot memory stick duo & SD, skrin panduan mudah dan mempunyai LCD skrin 2.7" lebar. Rating yang di berikan untuk kamera ini dari pada pengguna kamera ini adalah 4.5 bintang.

Walaupun jenama kamera ini, tidak se gah, Canon dan Nikon tapi aku tidak mahu memperdulikannya kerana bagi aku kamera yang berteknologi Minolta ini tidak kurang hebatnya memiliki kualiti gambarnya yang cantik dan harga yang berpatutan. Terpulanglah kepada individu jika berkemampuan bolehlah anda memilih jenama yang lebih kukuh lagi, tetapi bagiku, buat apa nak membazirkan duit, jika sekadar nak mengambil gambar untuk diletakkan di website dan mengambil gambar potret famili yang cantik dan menarik cukuplah dengan Sony 230L sahaja.

Disini contoh gambar yang dapat ku ambil untuk tatapan semua. Aku belum dapat menguasai sepenuhnya kerana belum berkesempatan tetapi aku akan mempelajari peringkat demi peringkat untuk memperbaiki kualiti gambar yang kuambil.




































































Sunday, December 13, 2009

Khasiat Mandi Susu

Selain untuk kesihatan, mandi susu juga dapat mencerahkan dan melembutkan kulit. Mandi susu adalah amalan ratu mesir iaitu Cleopatra supaya kulitnya putih ,lembut dan gebu. Mandi susu juga popular di kalangan pengusaha salun-salun kecantikan dan spa yang menawarkan pelbagai jenis mandian.

Sebenarnya kita boleh lakukan sendiri dirumah kerana kosnya yang sangat rendah berbanding jika anda mendapatkan perkhidmatannya di salun. Sebaiknya sebelum anda berendam dengan air yang bercampur susu, anda di nasihatkan untuk scrub tubuh anda terlebih dahulu untuk membuang sel-sel mati sekaligus membuat kulit anda terasa lembut setelah itu bilaslah tubuh anda dengan air suam.

Kemudian sediakanlah ramuan untuk mandian susu. Gunakanlah satu cawan penuh susu tepung ( apa-apa jenama pun boleh digunakan ) lalu di cairkan di dalam mangkuk. setelah itu masukkan ke dalam tab mandi yang diisi dengan air suam. Bagi mendapatkan suasana yang lebih relaks, campurkanlan sedikit garam mandian ke dalam tab mandi anda. Berendamlah selama beberapa lama yang anda inginkan dan biarkan kering sedikit di kulit anda kemudian bilaslah.

Bagi sesiapa yang tiada tab mandi, lumurkanlah susu yang telah dicairkan keseluruh tubuh anda, biarlah ia kering seketika, kemudian bilaslah seperti biasa. Lakukanlah dengan kerap dan lihatlah sendiri perbezaan kulit anda.

Saturday, December 12, 2009

Kalimah 'Allah' di Atas Potongan Daging

Kisah ni berlaku ketika aku bertugas sebagai penyelia di salah sebuah pasar raya ternama 3 tahun lalu. Waktu itu aku bekerja di bahagian Back Office iaitu di bahagian penerimaan barang. Biasanya sebelum barang-barang masuk dari pembekal Department di bawah seliaankulah yang akan memeriksa kualiti dan kuantiti barangan sebelum ia di bawa ke floor jualan untuk di jual kepada pelanggan.

Untuk barang basah seperi daging, ikan, buah-buahan dan sebagainya juga tidak terkecuali di bawah pengawasanku. Daging yang di terima daripada supplier dalam bentuk sejuk beku yang masih belum di potong.Dan sesiapapun tidak menyangka ada sesuatu yang pelik di dalamnya. Setelah selesai di periksa, Ia di bawa ke department Fresh untuk di proses, dipotong, dibungkus dan dilabelkan sebelum dijual kepada pelanggan.

Di dalam bilik pemprosesan, sedang daging tersebut di potong, tiba-tiba .......... satu department riuh!!!!!!!!

Betul ke ni Faizul...akak tak percayalah! salah tengok kut!! ujarku,tak percaya perkara ni bila salah seorang staff fresh bercerita kepadaku... Betul kak! saya ada ambil gambarnya.. tengoklah!!! sambil menunjukkan gambar daging tersebut. Malangnya dengan handphone berkamera 1.3 megapixel tidak begitu jelas dan aku tak berpuas hati.........Dagingnya ada lagi tak? tanyaku kepada Faizul!!.... Ada! saya simpan dalam bilik sejuk!!! jawab faizul.

Ok ambilkan gambar semula guna kamera akak lebih jelas... akak nak tengok .... tak puas hati ni! Faizul pun mengikut arahanku dan inilah gambar tersebut... sebenarnya banyak gambar yang di ambil, tetapi tidak jelas kerana tangan orang mengambil gambar tu bergoyang.. nilah gambar yang paling jelas!! Cubalah anda lihat!! betul atau tidak itu kalimah 'Allah'...mungkin kami tersilap kerana kami manusia biasa!!.............

Berita Kepada Kawan - Ebiet G Ade

Lagu ini memjadi kesukaanku sejak di zaman persekolahan lagi. Liriknya begitu puitis dan meninggalkan kesan yang mendalam dijiwaku. Aku selalui mainkannya, kerana lagu ini sungguh menginsafkan..Cuba anda dengarkan dan hayati!

Berita Kepada Kawan

Perjalanan ini
Terasa sangat memedihkan
Sayang engkau tak duduk
di sampingku kawan

Banyak cerita
yang mestinya kau saksikan
di tanah kering
berbatuan

Tubuhku terguncang
dihempas batu jalanan
hati tergetar menatap
kering rerumputan

perjalanan ini pun
seperti jadi saksi
gembala kecil
menangis sedih.....

Kawan coba dengar apa jawabnya
ketika dia ku tanya mengapa
bapak ibunya telah lama mati
di telan bencana tanah ini

sesampainya di laut
kukhabarkan semuanya
kepada karang, kepada ombak
kepada matahari

Tetapi semua diam
tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
terpaku menatap langit.

barangkali di sana
ada jawabnya
mengapa ditanahku
terjadi bencana

mungkin Tuhan mulai bosan
melihat tingkah kita
yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa

atau alam mulai enggan
bersahabat dengan kita
coba kita bertanya pada
rumput yang bergoyang...


Friday, December 11, 2009

Kisah Di Sebuah Kedai Runcit.....

Kicap dah habis....bawang dah tinggal 2 biji....halia dah tinggal yang kering-kering... sos tiram dah tinggal suku... ahh ni kena belanja ni!! benda penting kat dapur dah habis!! Aku memanggil suamiku dan menyatakan hasratku untuk membeli barang-barang yang sudah kehabisan!.

Dekat mana nak beli? Tesco ke? suamiku bertanya. Eh tak payahlah shopping kat situ! Saya nak beli dua tiga barang aje. Buang masa nak shopping kat sana. Awak tahulah dari satu tempat ke satu tempat ..jauh! Orang pulak ramai! Kena pulak beratur panjang pagi-pagi ni... buang masa!! Kita belanja kat kedai runcit depan tu je!!aku menolak mentah mentah saranan suamiku dan mencadangkan kedai runcit yang menjadi favorite tempat shoppingku kala terdesak...

Ok! Siap-siaplah!! ujar suamiku tanpa banyak membantah........ Selepas setengah jam aku pun sudah berada di hadapan kedai runcit itu. Ku lihat dari jauh ramai juga pelanggan di dalam kedai runcit tersebut. Semasa aku dan suami melangkah masuk aku melihat salah seorang pekerja kedai runcit meleretkan senyumannya menyapaku.. Kak!!......sambil menggangguk kan kepalanya tanda hormat!. kulihat tangannya memegang buah kelapa untuk dibelah dan diparut! Aku pun membalas senyumannya itu tanpa kedekut!!

Kemudian selepas dua tiga langkah, aku di sapa lagi dengan seorang lagi pekerja..Kak! ayam kak..... segar-segar ni.. baru sampai!! katanya melemparkan senyuman sambil tangannya mengangkat dan menayang-nayang ayam bogel yang berkilat dan gebu-gebu. Tak pelah! jap lagi..... akak nak beli bawang dulu....

Tatkala aku sedang memilih-milih bawang untuk kubeli.... aku disapa lagi dengan salah seorang lagi pekerja di situ..... Kak.. sayur baru sampai kak...pilihlah!!! Kulihat dia sedang mengikat pelbagai sayur-sayuran yang baru sampai yang segar bugar. Tergoda juga aku lihat sayur-sayurnya itu!

Selepas memunggah bawang masuk ke dalam bakulku, aku terus kearahnya untuk melihat sayur-sayur hijau yang begitu mengiurkan yang sedang diikatnya itu. Sayur apa ada dik!!... aku pula menyapa! Apalagi... promosi demi promosi mamat tu buat untuk melariskan jualannya.... siap boleh cerita sayur ni lebih sedap dimasak apa .... sayur tu banyak khasiat, sayur ni pulak kalau makan kulit cantik dan awet muda sambil menolong aku mencari sayur yang paling segar dan cantik dan akhirnya............. Aku pun terbeli dua tiga jenis!!!!!! Lepas tu sempat lagi dia tanya.... Kak! tak nak beli ikan ke? Ikan cencaru ni segar dan besar-besar! Kalau bakar cicah air asam tak payah ceritalah... mak mertua lalu belakang pun, kita tak perasan!!

Aku pun menelan air liur ketika membayangkan ikan bakar yang di cicah dengai air asam dimakan dengan nasi panas-panas. Sedap jugak ye.. lauk tengahari ni nak bakar ikanlah dan nak goreng sayur kailan! fikirku dalam hati yang telah telah pun termakan kata-katanya! Ku punggah ikan-ikan cecaru yang berkilat-kilat itu sebanyak 6 ekor.

Tak cukup lagi, mataku terpandang udang segar berwarna kebiru-biruan sebesar ibu jari bergolekan di selimuti ais hancur! Menggoda betul!! Ku cari suamiku untuk kutanya adakah dia berkeinginan untuk membeli udang yang menggoda ini, tetapi dia berada jauh di hadapan kedai, menghisap rokok sambil berbual-bual dengan salah seorang pelanggan yang juga sedang menunggu isterinya berbelanja..... Udang ni murah kak!! semalam harganya 17.50 ringgit sekilo.... tapi akak punya pasal saya bagi 16.50 ringgit je!!. Aku menganggukkan kepala, tanpa berlengah aku ku pilih udang yang cantik-cantik masuk ke dalam plastik lebih kurang 30 ekor cukup untuk kami sekeluarga dan boleh di makan beberapa kali!.

Sotong, hari pun boleh tahan segar kak!! kalau masak sambal tumis sotong best ni kak!! katanya lagi mengejutkan aku. Ku pandang kotak putih yang mengandungi sotong yang di perkatakan itu. Montok, dan gebu sekali!!! Ahh alang-alang berbelanja, biarlah aku beli lauk untuk seminggu... esok-esok tak payahlah sibuk nak beli lagi..... bisikku dalam hati! Tak sampai beberapa saat, seplastik sotong-sotong yang gebu itu telah berada di dalam bakulku.

Melangkah kedepan punggungku berlaga dengan punggung mak cik-makcik dan kakak-kakak yang sibuk juga untuk memilih dan membeli ikan. Semakin ramai pula orang!! aku merengut! Aku ke tempat daging... merah-merah dagingnya. Teringat pula anak sulungku yang terlalu suka memakan lauk daging goreng lada hitam! Kalau makan lauk itu, bertambah-tambah pula nasinya. Aku pun masukkan lebih kurang sekilo daging di dalam plastik.

Abang yang memotong ayam tadi mengangkat dan menayang-nayangkan ayamnya sambil tersenyum.... Okaylah... potong 4!! kataku belum sempat dia berkata apa-apa kerana sememangnya aku dah tertawan dengan ayamnya sedari mula aku melangkah masuk ke kedainya. Selang beberapa minit telah selesai aku berbelanja, aku memanggil suamiku untuk membayar. Suamiku membayar tanpa banyak soal..... walaupun terbang 70 ringgit dari poketnya.

Sewaktu dia mengangkat dua tiga bunjut beg plastik yang penuh dengan barang-barang, nampak tangan suamiku rebeh ke bawah, suamiku memandangku lalu berbisik ..Berat!!. Aku senyum sayang kepadanya!!... sambil menuju ke kereta suamiku berbunyi..... Kalau tak silap sebelum pergi ke kedai tadi, kata nak beli dua tiga barang je.... ni rasa-rasanya dah lebih 20 barang ni!!!!! Aku memandang wajahnya sambil tersenyum-seyum dan buat muka sepuluh sen!.

Wednesday, December 9, 2009

Bakar Sate Di Pagi Raya..

Time hari raya kalau di kampungku di Johor, tetap happening dengan ketupat, rendang, ayam masak kicap, sambal kacang dan lodeh walaupun hanya hari raya Aidil Adha... Malam raya kami dah berhempas pulas merebus ketupat dan memasak rendang, sambal serta ayam masak kicap. Esok paginya kami bersama-sama memasak lodeh pula. Selepas meziarah kubur dan sembahyang raya, kami sekeluarga menjamu selera... Nikmatnya...

Tapi semua tu hanya di ingatan sahaja.. kerana tahun ni aku tak dapat pulang berhari raya bersama bondaku... Memikirkan juadah apa yang akan aku akan hidangkan, aku semakin tidak bersemangat kerana suamiku tiada disisi justeru terpaksa keluar bekerja di luar kawasan.

Kasihan melihat adikku (yang juga tak dapat berhariraya di kampung) dan anak-anakku yang perlukan suasana berhariraya, kepalaku ligat memikirkan juadah apa yang paling senang disediakan dan happening.....

Dengan cepat sahaja aku terfikir untuk membakar sate... Tak perlu membuatnya! hanya beli sahaja sate mentah di Gerai Hj Samuri, simpan dalam peti sejuk dan esok paginya bakarlah beramai-ramai ( walaupun tak ramai hanya 4 orang sahaja). Kami juga pasang Lagu raya untuk dapatkan feel dan TV3 untuk mendengar Takbir Hari Raya yang merdu dan menusuk kalbu...

Inilah cerita orang malas dan tak bersemangat menyambut hari raya tapi happening!!!

Pokok Tanduk Rusa Kesayanganku!!!...

Hari ni seperti biasa aku bangun awal, Jam 6.00 pagi mata sudah terkebil-kebil sukar untuk pejamkan mata lantas berlegar-legar di kepalaku deretan perkara perkara yang perlu kulakukan hari ini.

Seperti biasa rutin harian wajib yang perlu didahulukan. Selepas solat, turun kebawah...selak langsir hijauku di sliding door.Terpandangkan kehijauan pokok-pokok yang ku tanam dihadapan rumah. Segar! Embun pagi menyejukkan dedaunan. Burung menyanyi..sedang bersiap-siap untuk mencari ulat atau serangga buat bekal sikecil!.

Aku mengambil penyapu, lantas membersihkan serambi rumahku. Pokok-pokok kesayanganku kusiram agar kesegarannya bertahan hingga ke petang. Aku pun tak tahulah mengapa aku begitu sayangkan pokok-pokok ni....Minggu lepas aku begitu frust menonggeng kerana pokok tanduk rusaku mati di serang penyakit. Daunnya yang berkilat melingkar kebawah tiba-tiba layu. Aku cantas membuangnya dengan harapan pokok tandukku akan tumbuh tunas yang baru. Malangnya tunas yang baru tumbuh tu mengalami nasib yang sama.

Hairan dan pelik, lantas aku cuba menyelidiki apa yang tak kena. Rupanya badannya dah menjadi ringan, tunas yang sepatutnya tumbuh telah membusuk....Apa yang terjadi ni!!.. aku yang jahil tentang penyakit pokok tanduk rusa ni, terpinga-pinga..

















Hari ni aku dah OK! Aku bercadang untuk menambah lagi koleksi pokok tanduk rusaku untuk mengantikannya. Suamiku selalu membahas.. nak buat apa pokok banyak-banyak!! buat tambah nyamuk dan semak je...

Ehh Yang! takkan you tak tahu pokok pokok saya nilah yang menyejukkan rumah kita ni..Pergi rumah orang panas membahang sebab diaorang tak sukakan pokok! Kalau rumah nak sejuk kena keluar modal pasang air cond!. Di rumah saya tak perlu semua tu... Pokok pokok saya akan menyejukkan rumah saya bahkan ia akan menenangkan jiwa saya.... rumah saya begitu sejuk seperti berada di dalam syurga.... Saya tak perlu keluar mencari hiburan atau apa-apa di luar.. cukuplah duduk dirumah bersama suami, anak-anak dan pokok-pokok........ Suamiku membisu....................

Hari pertama aku menulis....

Ini hari pertama aku menulis blog. Tak pernah aku merasa sesukar ini kerana dunia penulisan telah lama aku tinggalkan. Zaman persekolahan telah lama berlalu. Seingatku, dulu penulisan kreatif adalah menjadi kesukaanku. Cerpen dan puisi menjadi tatapan utama ketika menatap majalah dan surat khabar... Pernah juga cuba menulis cerpen. Tapi tak sempat ku kembangkan kerana kesibukanku belajar di Instuisi Pengajian Tinggi. Cerpenku pernah tersiar di majalah yang di terbitkan oleh persatuan Penulisan Kreatif di Kampus..... Waktu itu idea datang mencurah-curah tanpa di paksa. Indahnya pada waktu itu!

Tapi itu dulu.... Sekarang otak dah semakin berkarat. Aku betul betul perlukan masa untuk mengasah otakku semula. Tuntutan kerjaya dan tugas seharian membataskan aku untuk menulis. Tapi keinginan untuk menjadi penulis blog semakin kuat setiap hari sejak aku meletakkan jawatan sebagai pengurus di salah sebuah Pasaraya ternama. Masaku agak banyak terluang dan inilah peluang aku melepaskan dendamku untuk menjadi seorang penulis yang dulunya tak kesampaian.

Soalnya ..apa yang nak ku tulis ye.... Tunggulah esok hari. Otakku betul-betul tak dapat memproses data kerana kekeringan idea...