Thursday, January 28, 2010

Air Mata Cinta



Cerita ini, sudah dua minggu ditayangkan di Astro Channel 105 pukul 3.00 petang dari hari Isnin hingga Jumaat. Tetapi setiapkali menontonnya saya kena sediakan tisu kerana dari episod 1 hingga kini, airmata saya tak berhenti-henti berjuraian!. Sesuai dengan tajuknya 'Airmata Cinta', sesiapa menontonnya pasti akan menitiskan air mata menyaksikan kisah-kisah malang yang berlaku di dalam hidup Cinta....

Kisahnya adalah berkisar tentang seorang gadis yatim piatu yang cantik, baikhati dan pintar bernama Cinta, hidup di jalanan kerana keluarganya yang kaya dikhianati oleh orang kepercayaan ayahnya bernama ibu Lissa kerana ingin membolot hartanya, sewaktu dia masih kecil. Kedua orang tuanya mati di dalam kemalangan sementara Cinta terselamat. Tatkala merayau-rayau seorang diri dia ditemukan dengan sorang lelaki yang baik hati lalu dijadikan anak angkatnya hingga dewasa. Setelah ayah angkatnya meninggal dunia, nasib Cinta bertambah buruk kerana satu persatu kisah sedih berlaku di dalam hidupnya.....

Nak tau kisah seterusnya tontonlah sendiri ye!. Pasti pembawa watak utama seperti Cinta Laura, Glenn Alinskie, Tia Ivanka dan lain-lain tidak mengecewakan anda.

Tuesday, January 26, 2010

Kaca Kristal Berisiko Kanser

Adakah anda pengguna atau pengumpul barangan kristal?. Mungkin berita di TV3 ini, mengejutkan kita semua bahawa barangan kristal sebenarnya tidak selamat.

Ia didapati mengandungi sejenis bahan yang dipanggil plumbum yang boleh mengakibatkan kanser dan keguguran pada janin bagi ibu-ibu yang hamil.

Plumbum yang dijadikan sebagai bahan penting untuk menambahkan sinar pada kristal ini, rupanya sejenis neurotoksin yang sangat berbahaya dan kesan dari penggunaannya boleh menyebabkan ia terkumpul didalam badan, meningkatkan risiko mendapat penyakit kanser.

Memang banyak barangan kristal berada di pasaran seperti pinggan mangkuk, bekas kuih, lampu, perhiasan wanita dan sebagainya. Anda yang biasa menggunakan barangan ini, hentikanlah dari menggunakannya. Biarlah pinggan mangkuk kita tidak cantik, yang penting ia selamat untuk kesihatan kita sekeluarga.

Di bawah adalah contoh barangan yang di perbuat daripada kaca kristal.














































Hati-hati limau mandarin

Raya cina 2 minggu lagi! Kemana pergi pun lambakan buah limau mandarin akan kelihatan terutama di pasaraya dan di tepi-tepi jalan. Sebenarnya saya adalah peminat setia buah limau ini. Rasanya yang masam manis dan teksturnya yang lembut adalah sebab mengapa saya terlalu menyukainya. Sejak sebulan lalu ini adalah kotak kelima kami membeli tanpa putus-putus!.

Tetapi buah limau mandarin sebenarnya tidak elok jika dimakan terlalu banyak, kerana ia mengandungi bahan pengawet yang boleh menyebabkan anda mendapat sakit tekak dan batuk-batuk!.

Untuk mengelakkan dari terkena sakit tekak ini buah mandarin hendaklah direndam terlebih di dalam air kemudian dibersihkan dengan sabun lembut. Kemudian bolehlah di kopek dan dimakan seperti biasa.

Saturday, January 23, 2010

Lipstik Penyebab Kanser

Wanita masakini dalam BAHAYA!! Ya benar-benar dalam bahaya.. Sebabnya kebanyakan wanita memang tidak boleh berenggang dari LIPSTIK. Dah bertahun-tahun wanita menggunakan lipstik. Dan lipstik adalah bahan yang mesti ada di dalam handbag dan ianya dibawa kemana sahaja mereka pergi!!. Tetapi masih ramai yang tidak mengetahui bahawa lipstik mengandungi bahan berbahaya yang dinamakan 'LEAD' yang boleh menyebabkan KANSER.

Actualy 'LEAD' adalah satu bahan logam yang digunakan untuk mengekalkan warna lipstik agar kekal lama dan tahan pengoksidaan udara (oxidation) atau tahan air (waterproof). Tetapi hakikat yang sebenarnya dan masih ramai yang tidak menyedari yang bahan ini adalah penyebab penyakit berbahaya iaitu KANSER!!.

Semakin tinggi kandungan 'LEAD' pada lipstik, semakin besar pula risiko anda mendapat penyakit kanser. So sebelum anda membeli lipstik sila pastikan dahulu, samada ia mengandungi bahan tersebut atau tidak.

Semestinya mereka tidak meletakkan label berkenaan kandungan 'LEAD' ini namun kita boleh menguji sendiri dengan beberapa tips berikut:

1. Jika ada perkataan 'lebih tahan lama' atau 'stay longer' pada promosi atau iklan lipstik tersebut, sure ada 'LEAD'.

2. Jika ada perkataan 'waterproof' atau 'tahan/kalis air', jangan beli!!. semestinya lipstik tersebut mengandungi 'LEAD'.

3. Jika anda ada di kaunter lipstik, letak sedikit lipstik (tester) tersebut pada tangan anda kemudian gunakan cincin emas 24k-14k dan calitkan pada lipstik tersebut. Jika lipstik tersebut bertukar warna kepada kehitaman atau kusam bermakna ia mengandungi 'LEAD'.

Jenama Lipstik berikut adalah dikenalpasti mengandungi bahan 'LEAD'. Setakat ini jenama Y.S.L adalah lipstik yang mengandungi kandungan 'LEAD' tertinggi.
1. Christian Dior (4)
2. LANCOME (2)
3. CLINIQUE (2)
4. Y.S.L (5)
5. ESTEE LAUDER (3)
6. SHISEIDO (2)
7. RED EARTH -lip gloss (2)
8. CHANNEL-lip conditiner (2)
9. Market Amerika-Motives lipstik (0)

So, Hati-hati membeli lipstik.

sumber:
http://www.snopes.com/medical/toxins/lipstick.asp
http://www.hoax-slayer.com/lead-lipstick.html
http://urbanlegends.about.com/library/bl_lead_in_lipstick.htm

Tips Solat Lebih Khusyuk

1. Hadirkan hati dan fikiran semasa solat dengan memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada solat.

2. Sentiasa ingat kita berada di hadapan Allah yang maha Agung dan Dia sedang melihat perbuatan kita.

3. Menaruh harapan supaya Allah terima sembahyang kita. Sentiasa berjaga-jaga supaya tidak terlalu cacat cela serta kelalaian hati di dalam solat.

4. Membaca segala bacaan dalam solat dengan baik serta memahami dan mengerti serta mengamati pengertian bacaan tadi dengan penuh khusyuk.

5. Menghindari situasi-situasi dan keadaan-keadaaan yang mengganggu serta memalingkan hati dari khusyuk seperti bising, tempat orang lalu lalang dan sebagainya.

6. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki, dan juga mata ditumpukan kepada tempat sujud.

7. Solat dengan penuh tertib iaitu melaksanakan segala rukun dengan sempurna, bukan solat seperti kilat, dua minit selesai rakaat.



sumber: Karangkraf

Wednesday, January 20, 2010

Jom Shopping Online!

Jika anda peminat barang-barang berjenama meliputi wangian, kosmetik, hand bag serta pakaian dalam wanita berjenama mahal seperti Bulgary, Estee Lauder, Ferarri, Givency, Lancome, DKNY, Clarin, Clinique, SK-II, Jadore dan sebagainya, tetapi tidak mempunyai waktu untuk pergi shopping di pusat membeli-belah!.... tak perlu risau lagi... shoppinglah secara online di sini. Tetapi ianya hanya untuk mereka yang tinggal di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor sahaja tau!!

Pesan saya kalau shopping tu beringat-ingatlah!. Jangan sampai bankrup pulak poket tu ye!!!!




















Ikan Bawal Masam Manis

Actually satu perkara yang paling memeningkan kepala ibu-ibu bila memikirkan nak masak apa untuk hari ini!!!. Terlalu kerap memasak lauk yang lebih kurang sama, hingga bukan diri sendiri sahaja yang merasa jemu malah anak-anak pun dah pandai berbunyi begini.... asyik lauk ni je mama! tak ada lauk lain ke!!.... Tetapi bila kita tanya mereka idea-idea bernas lauk apa yang perlu di masak, mereka pun tak dapat memberi jawapannya.

Rasanya dah puas aku memutar menu masakan dari ayam, daging, ikan, sotong, udang kepada masakan kicap, kari, gulai lemak, tauchu, sambal, sos lada hitam dan lain-lain. Tetapi masih lagi jemu......

Adakah aku patut menukar kepada western food, chinese food atau masakan jepun pula!! Anyway lain kali sahajalah!. Di dalam peti sejukku cuma ada ikan bawal emas. ... so masak ikan bawal sweet sour sajalah yang aku fikir paling sesuai!!


















Ikan Bawal Sweet Sour
.

bahan-bahan.
1 ekor ikan bawal
1 inci halia ( di mayang)
1 labu bawang besar ( di mayang )
3 ulas bawang putih ( di pecahkan )
1 biji tomato
8 biji cili merah dan hijau ( dipotong/dipecahkan)
sos cili (sukatan sos ikut citarasa anda)
sos tomato (sukatan sos ikut citarasa anda)
sos tiram (sukatan sos ikut citarasa anda)
kicap manis (sukatan sos ikut citarasa anda)
sos ikan (sukatan sos ikut citarasa anda)
daun bawang ( potong 1 inci memanjang)
daun ketumbar ( hiris nipis)
serbuk kunyit
garam, gula.

Cara-caranya.
1. Bersihkan ikan kemudian lumur dengan garam dan kunyit.
2. Goreng ikan hingga keemasan. Angkat dan letakkan dalam pinggan.
3. Untuk sosnya, tumis bawang putih, halia, bawang merah hiris dan cili padi hingga naik bau.
4. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap manis, sos ikan dan sedikit air.
5. Bila kuah agak pekat sesuaikan rasa masam manisnya kemudian masukkan buah tomato, daun bawang dan daun ketumbar. Tutup api dan tuang sos ke atas ikan dan hidangkan.

Tuesday, January 19, 2010

Bercuti di Pantai Teluk Kemang!.

Menghabiskan masa bercuti bersama keluarga memang menyeronokkan. Sekurang-kurangnya di samping dapat merehat fikiran setelah penat bekerja, dapat juga mengeratkan hubungan kasih sayang dengan keluarga tercinta.

Rasa-rasanya lebih kurang 10 tahun juga kami tak menjejakkan kaki di pantai Teluk Kemang. Semuanya telah jauh berubah. Hari Ahad lalu, secara bidan terjun kami merancang untuk ke sana. Sepantas kilat aku memasak bihun dan menggoreng ayam buat hidangan anak-anak ketika kelaparan, tepat pukul 12.00 tengahari kami pun sampai kesana.

Melihat anak-anak berlari berkejar-kejar menangkap ombak, mengintai anak ketam digigi pantai dan berenang serta menyelam kedalam air laut sudah cukup menggembirakanku. Seronok juga melihat gelagat orang ramai bersama anak-anak mandi-manda di tepi pantai. Kemudahan seperti tandas, bilik mandi, surau, dan tempat membeli cenderamata serta pelbagai jenis makanan yang disediakan. Terdapat juga port untuk menyewa jet ski, bot laju, pelampung, khemah jika berkeinginan.

Seharian di pantai Teluk Kemang tak terasa letih, malah hati rasa puas!. Kami berkira-kira untuk datang lagi kesini akan datang......





































































































































Sunday, January 10, 2010

Petua Berkenaan TELUR......















Kulit telur mudah dikupas


Bagi memastikan telur tidak rosak semasa dikupas, cuci bersih telur sebelum merebus bagi menjamin kebersihannya kemudian sewaktu merebus masukkan sedikit garam ketika air rebusan sedang mendidih. Tutup rapat dan setelah masak alirkan air paip ke dalam bekas rebusan telur. Apabila sejuk kupaslah seperti biasa.

Cara kedua pula, rebuslah telur seperti biasa. Masukkan garam ketika air rebusan telur tadi mendidih. Setelah mendidih angkat dan kemudian ambil senduk besi ketuk perlahan-perlahan kulit telur tadi hingga kulitnya retak. Biarlah sehingga sejuk barulah di kupas. Telur akan lebih sedap kerana air yang bergaram tadi dapat di serap oleh telur.


Telur Tahan lama

Jika anda membeli telur dalam jumlah yang banyak jangan sesekali anda simpan pada suhu bilik kerana anda pasti tidak sempat untuk habiskan memasak telur tersebut. Sebabnya telur akan cepat rosak. Cara yang lebih baik simpanlah didalam peti sejuk kerana telur yang akan tahan berminggu-minggu. Jangan sesekali biarkan di simpan di dalam plastik pada suhu bilik kerana udara dalamnya pasti akan meningkat dan merosakkan telur, Tetapi jika anda memasukkan telur yang didalam plastik itu ke dalam peti sejuk tidak mengapa.


Telur mata kerbau

Jika anda suka makan telur mata kerbau, cara penyediaan mestilah betul kerana tidak semua orang pandai menggoreng telur mata kerbau dengan cantik kerana ia mudah pecah ketika di terbalikkan. Gunakan kuali yang tidak melekat ( non-stick pan) adalah cara terbaik ketika menggoreng telur mata kerbau kerana anda akan meminimakan penggunaan minyak. Gunakan api yang agak besar untuk meranggupkan sebahagian telur tetapi haruslah di jaga agar ia tidak hangit. Gunakan sudip yang nipis untuk terbalikkan telur dan jangan sekali-kali menggunakan sudip yang tebal seperti sudip kayu sebab ia akan merosakkan telur. Sodok perlahan-lahan di bawahnya untuk memastikan telur tidak melekat. Kemudian sengetkan kuali dan luncurkan telur pada sudip kemudian terbalikkan dengan cepat. Jangan tutup telur yang sedang digoreng kerana ia akan membekukan kuning telur. Ingatlah ciri-ciri telur mata yang sedap adalah ia mesti mengandung 3 faktor iaitu, rangup pada sebahagian putih telur, lembut pada sebahagian putihnya dan cair pada kuningnya. Lazat sekali jika dimakan dengan kicap dan lada sula!


Telur separuh masak

Ramai yang fail bila membuat telur separuh masak. Jika anda terlebih merebus akan ia akan menjadi keras dan jika terkurang masa merebusnya pula ia tidak sempurna masaknya. Jadi berapa lamakah yang diperlukan untuk memasak telur separuh masak ini???. Ianya subjektif kerana jika saya kata 5 minit mungkin ia sesuai untuk 5 biji telur tetapi tidak sesuai untuk 10 biji atau 15 biji telur. Belum lagi dengan besar mana api yang anda gunakan untuk memasaknya. Sebab dapur gas bukanlah seperti oven yang mempunyai ukuran pemanasan yang standard. Petua saya gunakanlah sahaja alat membuat telur separuh masak yang berada dipasaran. Cara menggunakannya mudah sahaja dengan meletakkan air panas di dalam bekas yang sudah berisi telur kemudian tinggalkan sehingga semua air di dalamnya turun ke bawah. Telur siap untuk di hidangkan. Selama saya menggunakan alat ini saya tak pernah fail membuatnya dan tak perlu risau telur tak jadi separuh masak.















Telur Dadar


Cara memasak telur dadar adalah berbeza dengan menggoreng telur mata kerbau. Rasanya cara penyediaannya, semua orang tahu. Jika anda ingin membuat kelainan dari biasa campurkanlah telur dadar dengan sayur-sayuran seperti tomato, cendawan tiram, karot cincang, daun bawang, daun sup, taugeh dan sebagainya termasuk cili dan bawang. Telur dadar akan mempunyai rasa berbeza jika anda meletakkan bawang goreng di dalamnya. Jika anda suka boleh juga di tambah daging cincang, udang atau isi ayam. Jika anda ingin meletakkan daging cincang masaklah dahulu daging tersebut baharulah di campur dengan telur dadar tadi sebelum di goreng. Anda juga boleh menambah pelbagai perisa ke dalam telur dadar untuk kelainan rasa seperti kicap, sos tiram, serbuk lada sula atau serbuk kari. Telur dadar juga sedap jika anda menambah keju didalamnya. Cuba pelbagaikan rasa mengikut kreativiti anda. Jadikan hidangan telur ini sesuatu yang istemewa bukan sekadar masakan orang yang malas.

Saturday, January 9, 2010

Tulisan Khat Wallpaper

Anda inginkan tulisan khat yang cantik ini sebagai wallpaper anda sila dapatkan di sini.





Friday, January 8, 2010

Mertua vs Menantu
















Perhubungan yang tidak baik dan tidak bersefahaman antara mertua dan menantu perempuan memang berlaku oleh kebanyakan ramai di kalangan kita. Walaupun kadangkala ia di anggap masalah kecil yang dapat diatasi dengan memberi mereka masa untuk memahami antara satu sama lain tetapi tidak semua mertua dan menantu dapat mengatasi masalah ini. Ada juga di kalangan mereka yang masih tidak bersefahaman hingga kini walaupun sudah memiliki anak dan cucu.

Lantas, mengapakah hal itu boleh terjadi dan bagaimana cara untuk mengatasinya sehingga hubungan antara mertua dan menantu dapat hidup harmonis?. Salah satu perkara yang harus difahami terlebih dahulu adalah bagaimana cara kita mencari dan mengkaji perbezaan antara mereka.

Jika mertua seorang surirumah tangga manakala menantu pula seorang berkerjaya sebaiknya jangan memaksa untuk mendekati antara satu sama lain terlebih dahulu. Belajarlah untuk memahami situasi mereka sedikit demi sedikit. Bagi mertua tidak ada cara lain yang lebih baik selain dari menggangap menantu seperti anak sendiri dan menantu pula menganggap mertuanya seperti ibu kandung sendiri.


Ciri-ciri mertua yang baik


M - Menyayangi dan menerima menantu
E - Eratkan hubungan dan elakkan sengketa
R - Rela berkorban demi kebahagiaan
T - Tidak mencampuri urusan keluarga anak menantu
U - Usaha mewujudkan kebahagiaan dan ketenangan hidup
A - Amalkan sifat mahmudah dan jauhi sifat mazmumah


Ciri-ciri menantu yang baik

M - Menangilah hati mertua
E - Elakkan membezakan kasihsayang antara ibu sendiri dgn mertua
N - Nilaikan pengorbanan mereka
A - Anggaplah mertua sama seperti ibubapa sendiri
N - Nampakkan dan ujudkan kasih sayang terhadap mereka
T - Terimalah kebaikkan dan kelemahan menantu
U - Usahalah menjadi menantu yang baik

Thursday, January 7, 2010

Panau...

Tatkala saya bersiar-siar di sebuah kampung di sebuah pulau di mana saya sedang bercuti, saya terserempak dengan beberapa orang kanak-kanak sedang bermain lari-larian sesama sendiri. Saya menghampiri mereka untuk bertanya di manakah lokasi kedai yang paling dekat. Salah seorang dari mereka dengan baiknya menunjukkan arah kedai tersebut. Tetapi saya tidak dapat menumpukan perhatian terhadap apa yang diucapkan oleh kanak-kanak tersebut kerana mata saya asyik tertumpu kepada tompok-tompok berwarna putih yang berada di seluruh tubuh badannya meliputi muka, leher, tangan hingga ke kaki. Nampak seperti tompok-tompok telah merebak dengan teruk ke tubuh kanak-kanak tersebut.Tompok-tompok itulah sebenarnya yang di panggil panau.

Saya amat kasihan dengan kanak-kanak tersebut. Saya rasa bagai nak memarahi kedua ibubapanya kerana tidak berusaha untuk mengubati penyakit kulit anaknya itu. Mungkin sebab saya sangat-sangat bencikan panau. Waktu anak sulung saya masih bayi, tengkuknya pernah dijangkiti panau. Saya sangat susah hati lalu pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Doktor tersebut telah memberikan saya sejenis krim yang berharga hanya tiga ringgit dan saya segera mengubati anak saya. Selang seminggu panau tersebut hilang dan saya sangat gembira sekali.

Sungguh mudah sahajakan nak menghilangkan panau. Kenapa mereka begitu tergamak membiarkan kulit kanak-kanak tersebut dijangkiti parasit kulit itu. Walaupun tidak merbahaya tetapi ia boleh menyebabkan kegatalan dan mencacatkan warna kulit.

Sebenarnya panau berpunca dari sejenis kulat atau fungus yang tidak berbahaya yang aggresif di mana ia mudah membiak kerana faktor cuaca yang panas dan lembab. Organisma ini dipanggil Pityrosporum Orbiculare atau Malassezia Furfur.

Biasanya panau berbintik-bintik putih dan berkeruping. Tetapi terdapat juga panau yang berbintik-bintik hitam atau coklat. Pertukaran warna kulit itu di sebabkan terdapat sel-sel melanocyte yang tidak mengeluarkan warna dan ada yang mengeluarkan warna lain. Tetapi kebanyakannya mengeluarkan warna putih dan berbentuk bulat dan bertompok-tompok.

Biasanya orang yang menitikkan soal kebersihan jarang mendapat penyakit ini. Tetapi ia tidak mustahil kerana sesetengah orang yang mendapat panau adalah kerana faktor keturunan. Mereka alah pada kulat atau fungus tersebut dan ini akan menyebabkan mereka terkena jangkitan.

Jika anda atau keluarga anda dijangkiti fungus ini segera mendapatkan rawatan doktor. Jangan tunggu sehingga ia merebak dengan banyak kerana ia memerlukan masa selama 2 hingga 3 bulan untuk dipulihkan. Doktor akan memberi krim sapu atau ubat makan. Krim sapu tersebut mengandungi bahan aktif seperti Azole selenium disulfida dan Natrium tiosulfat. Walaubagaimanapun cubalah hindari penyakit tersebut dengan kerap membersihkan diri anda dengan sabun dan memakai pakaian yang bersih.
















Kulat Pityrosporum Orbiculare, yang menyebabkan panau.






















Tompok-tompok panau.

Wednesday, January 6, 2010

Resepi Ayam Kukus

Resepi Ayam kukus ni asalnya aku perolehi dari ibu saudara. Tetapi sudah diubahsuai ikut kesenangan dan citarasaku. Aku jadikan ia sesimple yang boleh asalkan ia mudah untuk disediakan namun rasanya tetap sedap. Biasalah! aku paling tak suka buat resepi yang rumit dan remeh serta lambat untuk disediakan. Masa itukan emas. Takkan nak duduk berjam-jam di dapur semata-mata nak siapkan hanya satu jenis makanan.

Ayam kukus ini paling senang untuk siapkan dan boleh di makan dengan nasi putih atau nasi ayam. Tapi biasanya kami sekeluarga makan dengan nasi putih saja, dijadikan sebagai lauk makan tengahari atau makan malam. Setelah 3 bulan tak buat, hari ni terlintas nak menikmatinya untuk makan tengahari.... Bertambah-tambah anakku makan nasi!! ermm.. layan!!.....




Ayam Kukus ( Simple dan sedap)

Seekor ayam muda (di bersihkan dan jangan dipotong)
2 inci halia
4 ulas bawang putih
1 sudu garam
* bahan-bahan ini di tumbuk dan di gaulkan dengan ayam kemudian dikukus selama lebih kurang 40minit - 1 jam (ikut saiz ayam). Cara penyediaan, boleh di potong-potong atau di hidangkan tanpa dipotong, tetapi kalau nak makan sekeluarga kena serentak.

Sos
6 biji cili merah
6 biji cili padi ( ikut suka, kalau nak lebih pedas boleh tambah cili )
2 ulas bawang putih
1 biji buah tomato
1/2 inci halia
1 sudu garam
4 sudu gula
4 sudu cuka makan
1 cawan air masak
2 sudu sos ikan ( jika suka, tetapi jika letak sos ikan lebih sedap )
** Semua bahan-bahan di kisar dalam blender hingga lumat. Siap, boleh dihidangkan.

Salad
Timun
Tomato
Daun salad
*** Semua bahan di potong dan di hias di atas pinggan.

Kuah sup.
Air kukusan ayam ( air yang di gunakan untuk mengukus ayam di gunakan sebagai sup)
1 batang Serai ( masukkan serai semasa nak kukus ayam tadi , bau akan keluar sangat wangi dan menyelerakan)
Sedikit bawang goreng
air limau nipis/kasturi
sedikit serbuk perasa ( jika suka)
daun sup/daun bawang
**** Air kukusan bersama serai tadi di perisakan dengan garam, perasa, jus limau nipis dan ditaburkan dengan bawang goreng dan daun sup.
Dah siap bolehlah di hidangkan...

Tuesday, January 5, 2010

Sahabat



Sifat-sifat seorang sahabat.

~Jika kita bersedih, dia akan mengembirakan hati kita.
~Jika kita memerlukan pertolongan, dia akan menghulurkan bantuan.
~Jika kita dikhianati, dia akan memberi perlindungan kepada kita.
~Jika dia terima bantuan daripada kita, dia akan menghargai.
~Jika kita melakukan kesilapan, dia akan menasihati kita.
~Jika kita di timpa bencana, dia akan meringankan bebanan kita.
~Jika kita sunyi, dia akan menghiburkan kita.
~Jika kita berdiam diri, dia akan bertanyakan masalah kita.
~Jika kita menangis dia akan menemani kita.
~Jika kita gagal, dia akan memberi perangsang untuk kita.
~Jika kita berjaya, dia akan gembira dengan kejayaan kita.


*******************************
*****

Perkara Yang Patut Dilakukan Jika Di Rogol

Apakah perkara-perkara penting yang patut dilakukan sekiranya anda atau salah seorang keluarga anda di rogol. Ikutlah langkah berikut jika anda atau keluarga terdekat anda mengalaminya.

1. Jangan bersihkan diri anda. Walaupun hati anda menginginkannya tetapi elakkanlah dari berbuat demikian. Pergi terus ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan. Mungkin terdapat kesan air mani, cecair badan, rambut, debu, fiber dan sebagainya untuk dijadikan bukti penting.

2. Pihak polis (wanita) akan datang mengambil maklumat laporan anda di hospital. Anda tidak perlu melaporkan kejadian tersebut di balai polis kerana pihak hospital akan membantu anda menghubungi pihak polis. Anda mungkin di kehendaki menghadiri sesi mengenalpasti penjenayah setelah laporan terperinci diambil.

3. Setelah selesai bolehlah bersihkan diri anda.

4. Beritahulah segera pada keluarga atau orang-orang yang anda percayai untuk mendapat sokongan moral dari mereka. Jangan pendam segala masalah yang anda hadapi. Luahkanlah perasaan anda untuk mengelakkan dari tekanan perasaan dan ketakutan.

5. Hubungi Pertubuhan Wanita (NGO). Anda mungin memerlukan kaunseling dan sokongan.


Tips untuk mengelakkan dari di rogol

1. Elakkan dari memakai pakaian yang menjolok mata.

2. Jika anda memakai seluar panjang pakailah tali pinggang (belt) kerana dengan adanya tali pinggang seluar anda sukar dan mengambil masa untuk dibuka. Ini memudahkan anda melawan balik untuk melepaskan diri.

3. Elakkan dari berada di kawasan yang sunyi seorang diri.

4. Jagalah pergaulan anda. Elakkan berada di kawasan yang ramai lelaki yang tidak di kenali.

5. Sentiasa memegang sesuatu yang boleh dijadikan senjata dikala kecemasan seperti kunci, payung, kasut tumit tinggi, pen dan sebagainya. Gunakan untuk ia menyerang kawasan yang lemah bagi lelaki seperti mata, telinga, ulu hati, tengkuk dan kemaluan mereka.

6. Belajarlah ilmu mempertahankan diri seperti silat, Judo dan sebagainya.

7. Sebelum anda melangkah keluar rumah bacalah doa untuk mengelakkan dari berlaku sebarang malapetaka pada diri anda.

8. Jika anda di kelilingi lebih dari seorang lelaki yang ingin merogol anda, jangan panik, jangan meronta kerana tenaga anda akan habis dan anda tak akan mampu melawan kekuatan tenaga lelaki. Anda duduklah ke tanah, rapatkan kedap-kedap kaki anda dan tangan anda sambil menutup telinga. Pejamkan mata anda, fokuslah fikiran anda dengan mengingat Allah kemudian laungkan Azan sekuat-kuat hati anda. Jangan berhenti laungkan azan sehingga mereka pergi. Bertawakallah kepada Allah, walaupun mereka tidak pergi mungkin anda di beri petunjuk oleh Allah di saat-saat akhir bagaimana untuk melepaskan diri.

Saturday, January 2, 2010

Filem Avatar Hebat Dan Menakjubkan


















Hari ini hasrat kami sekeluarga nak menonton filem Avatar jadi kenyataan juga........ Komen??. Tak menyesal menonton filem ni. Anak-anakku dan ayahnya memberi rate 5 bintang!!. Aku pula memberi rate 4.99 bintang!!. Mula perjalanan filem agak slow sedikit tetapi dapat memberi kita peluang untuk memahami perjalanan cerita.

Tetapi bila sudah di pertengahan filem ini mula memberikan impact dengan suntikan emosi dan aksi berterusan hingga keakhir filem. Klimaks filem ini bila ke penghujung cerita. Yang bestnya penonton disajikan dengan dunia lain yang berbeza dari dunia kita.

Dunia fantasi yang bernama Pandora itu sangat indah dengan kehijauan hutan belantara di siang hari dan bertukar berwarna-warni pula pada malam hari. Malangnya keindahan dunia Pandora tidak kekal lama kerana, keganasan dan kerosakan pada dunia yang indah ini, menyuntik emosi penonton. Selebihnya anda saksikanlah sendiri.... Anyway filem ni memang hebat dan menakjubkan!!


More Pictures dari filem Avatar.





















Friday, January 1, 2010

Beg Tangan Kesayangan

Cuti tahun baru!!!.... Kami sekeluarga buat plan nak menonton wayang filem Avatar. Dengar cerita, filem tu best. Anak-anakku dah sibuk mengajak kami menontonnya sejak seminggu lalu. Ada kelapangan so kami pun pergilah. Tapi tak ada rezeki pula kerana kehabisan tiket. Tapi kami tetap beli tiket tayangan untuk hari esok!. So hari ini just jalan-jalan di Jusco.

Kebetulan ada jualan happy hours. Terperangkap pulak aku di lambakan beg tangan yang cantik-cantik. Aku tergoda dan akhirnya terbeli satu beg tangan.... Tapi tak rasa menyesal langsung sebab dapat aku dapat membeli beg yang berharga RM 199.90 dengan harga RM 40.00 sahaja sebab ada diskaun 80%. Beg ni akan menjadi salah satu bag kesayanganku kerana aku terlalu suka designnya yang simple dan besar dan yang penting aku dapat meletakkan Kamera DSLR kesayanganku di dalamnya....