Tuesday, January 19, 2010

Bercuti di Pantai Teluk Kemang!.

Menghabiskan masa bercuti bersama keluarga memang menyeronokkan. Sekurang-kurangnya di samping dapat merehat fikiran setelah penat bekerja, dapat juga mengeratkan hubungan kasih sayang dengan keluarga tercinta.

Rasa-rasanya lebih kurang 10 tahun juga kami tak menjejakkan kaki di pantai Teluk Kemang. Semuanya telah jauh berubah. Hari Ahad lalu, secara bidan terjun kami merancang untuk ke sana. Sepantas kilat aku memasak bihun dan menggoreng ayam buat hidangan anak-anak ketika kelaparan, tepat pukul 12.00 tengahari kami pun sampai kesana.

Melihat anak-anak berlari berkejar-kejar menangkap ombak, mengintai anak ketam digigi pantai dan berenang serta menyelam kedalam air laut sudah cukup menggembirakanku. Seronok juga melihat gelagat orang ramai bersama anak-anak mandi-manda di tepi pantai. Kemudahan seperti tandas, bilik mandi, surau, dan tempat membeli cenderamata serta pelbagai jenis makanan yang disediakan. Terdapat juga port untuk menyewa jet ski, bot laju, pelampung, khemah jika berkeinginan.

Seharian di pantai Teluk Kemang tak terasa letih, malah hati rasa puas!. Kami berkira-kira untuk datang lagi kesini akan datang......





































































































































No comments:

Post a Comment