Sunday, January 30, 2011

Cinta Sejati Chris Medina

Salam...
Sedih betul saya tengok video ni...kisah cinta sejati Chris Medina terhadap tunangnya... walaupun tunangnya sudah cacat dan tidak sempurna seperti dulu namun ia tidak melunturkan cinta dan kasih sayangnya sama sekali...

Tak macam sesetengah lelaki kan... isteri baru gemuk sikit... tak sempat mengurus diri, sibuk dengan anak2 dan sibuk mencari rezeki... dah sibuk nak mencari lain...

Jom layan video ni...jangan lupa sediakan tisu sekali ya.....



Friday, January 21, 2011

Kandungan Bahaya Dalam Mee Segera

 gambar hiasan


136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.

Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.

Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma

Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

Tuesday, January 11, 2011

Hati-hati.. Penyakit Jantung Muda Meningkat!!



Salam....
Baru-baru ni kita di kejutkan dengan kematian artis yang meninggal secara mengejut kerana serangan penyakit jantung. Walaupun pelakon artis tersebut masih muda tapi penyakit jantungan ini tidak mengenal mangsanya... tak kita tua atau muda... miskin atau kaya... setiap orang berkemungkinan menghadapi risiko penyakin jantung jika alpa dan tidak menjaga kesihatannya.....


Menurut kajian Unit Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang dijalankan Perunding Kardiologi PPUM, Dr. Ahmad SyadiMahmoos Zuhdi, 20 peratus pesakit jantung terdiri daripada mereka yang berumur 40 tahun ke bawah.

Hasil kajian juga menunjukkan lebih 95 peratus terdiri daripada lelaki.

Pakar Perunding Kardiologi, Pensyarah Kanan PPUM, Dr. Zul Hilmi Yaakob memberitahu, kajian itu bertujuan membuat perbandingan antara statistik pesakit muda dan tua.

Statistik itu menunjukkan pesakit yang berumur 40 tahun ke bawah meningkat.

“Kebanyakan pesakit mempunyai gaya hidup yang tidak baik termasuk aktif merokok. Pesakit juga tidak tahu bahawa mereka menghidap sakit jantung sehinggalah pemeriksaan dibuat.

Ada juga pesakit menganggap sakit dada sebagai penyakit biasa kerana tidak menyangka ia sebenarnya sakit jantung sebab umur masih muda,” ujarnya.

Justeru itu, beliau menasihatkan orang ramai menjalankan gaya hidup sihat, berhenti merokok dan segera membuat pemeriksaan di bahagian kecemasan hospital jika tiba-tiba mengalami sakit dada.

Sementara itu, menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, akibat tidak bersenam dan gagal mengamalkan gaya hidup sihat dipercayai menjadi faktor bilangan penghidap penyakit jantung yang baru mencecah sehingga 38,000 orang setiap tahun.

Jumlah tersebut menggambarkan penyakit jantung sebagai penyumbang kematian terbesar di hospital-hospital kerajaan iaitu 7,597 kematian atau sebanyak 16.54 peratus daripada keseluruhan 45,936 jumlah kematian yang dicatatkan pada 2008.

Di Malaysia terdapat seramai 141 orang menghidap penyakit jantung koronari bagi setiap 100,000 orang setiap tahun iaitu bersamaan 38,000 kes baru setiap tahun.

Pemeriksaan kesihatan

Terdapat beberapa simptom jika seseorang itu diserang sakit jantung, antaranya ialah:

* Rasa tidak selesa pada dada. Pesakit seolah-olah merasakan ada sesuatu yang menekan.

* Rasa sakit ini kemudiannya menular ke leher seolah-olah ada sesuatu yang mencekik.

* Rasa lenguh pada lengan terutama ketika bekerja atau melakukan sesuatu aktiviti, bagaimanapun rasa lenguh ini akan hilang apabila pesakit berehat

* Sukar bernafas seolah-olah ada sesuatu yang menikam pada dada

* Pedih perut iaitu seperti ada angin atau menghidap gastrik.

* Kepala berpusing

* Badan lemah serta berpeluh sejuk.

Dr. Zul Hilmi menasihatkan agar mereka yang mempunyai simptom-simptom tersebut supaya tidak membiarkan sehingga ke peringkat yang serius.

“Hampir sebahagian besar pesakit tidak mengendahkan simptom-simptom tersebut dengan alasan ia tidak serius. Apa yang perlu, jika anda mengalami simptom tadi, lakukan pemeriksaan kesihatan segera,” jelasnya.

Bagaimanapun, sikap tersebut merugikan kerana rawatan yang diberikan bergantung kepada tahap serius penyakit yang dihidapi.


SUMBER : UTUSAN

Friday, January 7, 2011

Petua Nak Dapat Anak Comel Dan Putih Serta Mudah Bersalin


Salam.....
Hari hari Sabtu... walaupun cuti my son dan my doter kena pergi gak kesekolah... sekolah diorang adakan program gotong royong!! so mereka kenalah terlibat... so bila dah sorang2 kat rumah jari mula gatal nak menekan papan lappy ni...

Hari ni rasa2 nak entri pasal tips cam mana nak dapat anak comel, bijak dan mudah bersalin..... dulu2 masa aku baru kahwin dan lepas tu pregnant anak pertama macam2 orang kasi macam2 petua... petua nak dapat anak putihlah.. petua nak senang bersalin ...petua nak bibir anak merah dan cantik lah dan macam2 lagi... samada betul ke tidak petua tu aku tak pasti... tapi ada beberapa petua aku ikut... dah orang tua2 suh ikut aku ikut jelah...

Kata orang kalau nak dapat kulit anak putih dan gebu kena selalu minum air soya... kalau nak dapat kulit dan bibir anak cantik dan kemerah-merahan kena selalulah makan buah strawberry.... lepas tu dengar lagi kalau nak senang bersalin masa tgh sakit nak bersalin tu minumlah air soda... petua lain minum air zam-zam untuk mudah dan dipercepatkan bersalin... masa tengah mengandung tu mulut tu jangan cabul mengutuk kecacatan orang.... jangan pulak suka pukul atau bunuh binatang termasuklah ular, kucing, lipan atau apa aja benda bernyawa... takut nanti dikatakan 'kenan'.

Kalau dapat anak putih dan comel cam ni sapa yang tak nak kan!!!

Ada pulak petua yang baik suruh kita baca ayat2 suci Al Quran... kalau nak anak cantik paras rupa dan budipekertinya kena amalkan membaca Suran Nabi Yusuf.... Hah!! yang ni aku ikut....tapi masa anak pertamalah...masa tu beria2 nak anak comel... so hampir tiap hari baca Surah Nabi Yusuf. Alhamdulillah masa baby pertama aku keluar... semua orang kata comel...kulitnya lebih putih dari kulit aku dan hubby.... anak aku ni tak banyak perangai... sangat baik dan selalu ikut cakap... senang nak jaga..

Ada lagi petua yang aku dengar kalau nak anak tu comel dan cantik... setiap hari kena tengok gambar baby yang cantik2 dan comel... yang ni aku sendiri dengar cerita ada seorang kawan yang dapat anak yang selalu tak berapa comel... kulit anak gelap2je sume...masa mengandung anak yg last tu dia selalu tengok gambar anak org putih yang gebu dan melepak...dan doa anaknya nanti akan putih dan melepak cam dalam gambar.. Bila anaknya kluar semua terkejut putih melepak je anaknya cam dalam gambar yg dia selalu tengok tu... hubby dia siap suspen lagi, takut anak tu anak org lain sebab rupa baby tu langsung tak sama dengan grupernya... gitu pulak jadinya!!!

Hai kalaulah anak aku comel cam ni...


ATAU cam ni...Geramnya tengok kecomelannya!! ( nak kena selalu tengok gambar ni.... )

Lagi satu petua kalau nak dapat anak cerdik kena amalkan membaca Surah Lokmanul Hakim.....ni pun bagus gak...dan kalau kandungan dah berusia 9 bulan bolehlah amalkan surah Maryam....InsyaAllah nanti senang nak bersalin....

Ada satu lagi petua yang wajib di ikuti sebelum nak bersalin.... kena cium tangan ibu dan suami dulu... minta doa dan  restu dari mereka... barulah mudah je bersalin.... kalau ada buat perangai dengan suami dan ibu sehingga menyakiti hati mereka anda akan mengalami kesukaran nak bersalin... serius cakap ni!!! Kadang2 mulut kita ni tak sengaja... tapi termenyakitkan hati mereka kan... tulah kena minta ampun dulu dari mereka....ni petua orang dulu2 yg dah ada banyak pengalaman..... samada anda nak ikut atau tidak terpulanglah!!!

sumber gambar : ehsan dari Google

Update:

Masa saya pregnant beberapa bulan yg lalu saya gak mengamalkan beberapa petua diatas... termasuk membaca surah nabi Yusuf dan suka tengok gambar baby comel.... Alhamdulillah baby saya sangat comel, sihat dan sentiasa senyum dan berwajah manis... Ini gambar baby saya....

Wednesday, January 5, 2011

Aiman Ponteng Sekolah...


Aku bangun pagi ni pukul 6.25 pagi... terkocoh2 aku kejutkan my son aiman gi sekolah sebab dah terlambat sikit... biasa aku bangun kul 5.00 pagi!!.... Masa siapkan breakfast, hujan turun punyelah lebat.... lepas solat subuh aku jenguk my son dah siap-siap tapi masih tercegat depan balkoni rumah ku... tunggu hujan berhenti... tapi masih lebat!!

At last... terpaksa redah jugalah hujan tu guna payung kerana jam dah hampir kul 7.30 pagi... 5 minit lepas tu nampak muka dia lagi.... aii... napa balik lagi!!! aku tanye... dia kata pintu pagar sekolah dah tutup... ramai student yang dtg lambat tak dapat masuk... untuk pengetahuan you all, rumah aku dengan sekolah tu dekat je..... hanya beberapa meter..... bumbung sekolah tu pun boleh nampak dari rumahku!!

Aku geleng kepala tengok sekolah tu... tak ada tolerensi langsung!!! Dulu pun aku pernah sekolah jugakkk... tapi bila hujan lebat cikgu bagi kelonggaran sapa yang terlewat tu dimaafkan dan dibenarkan masukk sekolah!! tapi sekolah tu!!!! Agak2-agaklah!!! dalam hujan lebat tu macam2 boleh berlaku... boleh berlaku kemalangan sebab jalan licin dan budak2 boleh sakit kerana basah dan kesejukan!!!

So Kalau cikgu benda2 cam ni pun tak boleh pikir.... aku tak tau apa nak kata!!.... so hari ni aiman ponteng jelah... nak buek camne kan.... rezeki dia dapat sambung tido!!!

Aku Makan Set Salindah Untuk Pregnant Kali ni.....


Salam...
Dah lama rasanya tak jenguk blog ni... macam dah bersawang dan dah tumbuh segala jenis pokok kat blog terbiar ni....  hari ni nak entri set salindah yang tengah aku makan sekarang ni... actually dah lama aku carik ubat ni... maaf ni bukan ubat ye... ni ramuan pemakanan tambahan untuk bayi dan ibu mengandung. Terkandung dalam bentuk homopati, biokimia dan herba...

Search kat google kat mana nak dapat benda ni dan baca gak testimoni org2 yg telah menggunakan. Semuanya memberi fedback yg positif..... Kebetulan masa aku gi MAHA 2010 ari tu aku terjumpalah dgn kiosk era edar ni... so aku beli lah sekali kat situ... diorang offer jadi ahli... so aku pun jadi lah ahli secara tak langsung... bukan apa nanti aku nak beli lagi boleh dapat harga murah kan...

Setakat hari ni aku dah makan B2... kandungan aku sekarang dah 24 minggu... alhamdulillah!! setakat ni tak de alahan teruk untuk kandungan aku kali ni... berbanding dengan anak pertama dan kedua dulu... rasanya muntah2 dan kepala aku sentiasa nampak bintang je... mabuk teruk!!! Pregnant yg ni belum muntah lagi... steady je!!

Mengidam pun tak over sangat... Hari tu ada mengidam durian... tapi sampai sekarang belum dapat makan.... hubby kata payah nak dapat sebab tak musim... aku ok jerr.. tak delah teringat sangat!! kira anak dalam perut aku ni memahami betul!!! tak delah meragam sangat sebab tak dapat makan buah durian...

Tapi aku perasan sejak aku makan benda ni... baby dalan perut ni terasa sangat aktifnya... asyik bergerak2 dan menendang aje... rasanya preg yg dulu tak delah cam ni ... aku selalu tak berapa selesa kerana baby asyik bergerak aja... tapi memang tak sabar betul nak tengok dia 3 bulan lagi....harap aku dapat melahirkan baby ni dengan selamat.... amin!!

Sunday, January 2, 2011

I surrender - Celine Dion

Ni penyanyi pujaan aku.... Best giler suara dia... lagu2 dia semua sedap2... layan jap lagu I surrender!!!



I surrender - Celine Dion

There’s so much life I’ve left to live
And this fire’s burning still
When I watch you look at me
I think I could find the will
To stand for every dream
And forsake the solid ground
And give up this fear within
Of what would happen if they ever knew
I’m in love with you

’cause I’d surrender everything
To feel the chance to live again
I reach to you
I know you can feel it to
We’d make it through
A thousand dreams I still believe
I’d make you give them all to me
I’d hold you in my arms and never let go
I surrender

I know I can’t survive
Another night away from you
You’re the reason I go on
And now I need to live the truth
Right now, there’s no better time
From this fear I will break free
And I’ll live again with love
And no the they can’t take that away from me
And they will see...

’cause I’d surrender everything
To feel the chance to live again
I reach to you
I know you can feel it too
We’d make it through
A thousand dreams I still believe
I’d make you give them all to me
I’d hold you in my arms and never let go
I surrender

Every night’s getting longer
And this fire is getting stronger, babe
I’ll swallow my pride and I’ll be alive
Did you hear my call
I surrender all

’cause I’d surrender everything
To feel the chance to live again
I reach to you
I know you can feel it too
We’d make it through
A thousand dreams I still believe
I’d make you give them all to me
I’d hold you in my arms and never let go
I surrender

Right here, right now
I give my life to live again
I’ll break free, take me
My everything I surrender all to you

Right here, right now
I give my life to live again
I break free, take me
My everything I surrender all to you