Salam.....
Hari hari Sabtu... walaupun cuti my son dan my doter kena pergi gak kesekolah... sekolah diorang adakan program gotong royong!! so mereka kenalah terlibat... so bila dah sorang2 kat rumah jari mula gatal nak menekan papan lappy ni...
Hari ni rasa2 nak entri pasal tips cam mana nak dapat anak comel, bijak dan mudah bersalin..... dulu2 masa aku baru kahwin dan lepas tu pregnant anak pertama macam2 orang kasi macam2 petua... petua nak dapat anak putihlah.. petua nak senang bersalin ...petua nak bibir anak merah dan cantik lah dan macam2 lagi... samada betul ke tidak petua tu aku tak pasti... tapi ada beberapa petua aku ikut... dah orang tua2 suh ikut aku ikut jelah...
Kata orang kalau nak dapat kulit anak putih dan gebu kena selalu minum air soya... kalau nak dapat kulit dan bibir anak cantik dan kemerah-merahan kena selalulah makan buah strawberry.... lepas tu dengar lagi kalau nak senang bersalin masa tgh sakit nak bersalin tu minumlah air soda... petua lain minum air zam-zam untuk mudah dan dipercepatkan bersalin... masa tengah mengandung tu mulut tu jangan cabul mengutuk kecacatan orang.... jangan pulak suka pukul atau bunuh binatang termasuklah ular, kucing, lipan atau apa aja benda bernyawa... takut nanti dikatakan 'kenan'.
Kalau dapat anak putih dan comel cam ni sapa yang tak nak kan!!!
Ada pulak petua yang baik suruh kita baca ayat2 suci Al Quran... kalau nak anak cantik paras rupa dan budipekertinya kena amalkan membaca Suran Nabi Yusuf.... Hah!! yang ni aku ikut....tapi masa anak pertamalah...masa tu beria2 nak anak comel... so hampir tiap hari baca Surah Nabi Yusuf. Alhamdulillah masa baby pertama aku keluar... semua orang kata comel...kulitnya lebih putih dari kulit aku dan hubby.... anak aku ni tak banyak perangai... sangat baik dan selalu ikut cakap... senang nak jaga..
Ada lagi petua yang aku dengar kalau nak anak tu comel dan cantik... setiap hari kena tengok gambar baby yang cantik2 dan comel... yang ni aku sendiri dengar cerita ada seorang kawan yang dapat anak yang selalu tak berapa comel... kulit anak gelap2je sume...masa mengandung anak yg last tu dia selalu tengok gambar anak org putih yang gebu dan melepak...dan doa anaknya nanti akan putih dan melepak cam dalam gambar.. Bila anaknya kluar semua terkejut putih melepak je anaknya cam dalam gambar yg dia selalu tengok tu... hubby dia siap suspen lagi, takut anak tu anak org lain sebab rupa baby tu langsung tak sama dengan grupernya... gitu pulak jadinya!!!
Hai kalaulah anak aku comel cam ni...
ATAU cam ni...Geramnya tengok kecomelannya!! ( nak kena selalu tengok gambar ni.... )
Ada satu lagi petua yang wajib di ikuti sebelum nak bersalin.... kena cium tangan ibu dan suami dulu... minta doa dan restu dari mereka... barulah mudah je bersalin.... kalau ada buat perangai dengan suami dan ibu sehingga menyakiti hati mereka anda akan mengalami kesukaran nak bersalin... serius cakap ni!!! Kadang2 mulut kita ni tak sengaja... tapi termenyakitkan hati mereka kan... tulah kena minta ampun dulu dari mereka....ni petua orang dulu2 yg dah ada banyak pengalaman..... samada anda nak ikut atau tidak terpulanglah!!!
sumber gambar : ehsan dari Google
Update:
Masa saya pregnant beberapa bulan yg lalu saya gak mengamalkan beberapa petua diatas... termasuk membaca surah nabi Yusuf dan suka tengok gambar baby comel.... Alhamdulillah baby saya sangat comel, sihat dan sentiasa senyum dan berwajah manis... Ini gambar baby saya....
wana..lagi satu petua utk dapatkan anak yg bersih kulitnya masa dilahirkan. masa kandungan umur 7 bulan, amalkan mnum air kelapa pure tanpa ais tiap2 ari smpai waktu nak bersalin. Insya Allah anak lahir bersih je kulit dia tnpa diselaputi lendir n darah yg banyak. Saya dah cuba. Yg baca surah yusuf, lokman n maryam tue memang mujarab...
ReplyDeleteSalam roslizawati... bolehlah cuba ni petua minum air kelapa!! thanks for your info!!
ReplyDeleteTumpang tnya kalau minum soya yg dlm kotak sama x mujarabnya dgn air soya original?
ReplyDeletebukan air soya tu sebenarnya tak elok ke untuk kesihatan?
ReplyDeleteada orang wat kajian tu semua propaganda orang barat melebih2kan soya supaya orang islam lebih suka minum soya dari susu kambing yang menjadi sunnah nabi
Bakal ibu > dengar kata sumber terbaik kacang soya adalah tempe... air kacang soya tak bgus sgt utk kesihatan...boleh menyebabkan kulit baby sinsitif... tak tahu sumber ni betul ke tidak.... akak minun gak masa pregnant tapi tak byk sangat...seminggu 2 @ 3 gelas je... alhamdulillah anak akak ok je...
ReplyDeleteMuhamad safarin > Akak ada baca gak artikle tentang tu... entry akak tulis ni berkenaan petua org dulu2... sama betul @ tidak terpulanglah pada masing2...
ReplyDeleteikut pengalaman sya...dua kali pregnant saya amal minuman soya dan tak pernah mkn cili.petua tu untuk kulit anak putih dan x sensitif .anak saya tak pernah kena ruam.ALHAMDULILLAH...
ReplyDeleteKak Wana, pohon share utk blog saya yea.. terima kasih!
ReplyDeletemaksaudara sy pesan masa pregnnt baca al-Quran smpai khatam masa pregnt 9bulan..jgn lyn kemalasan..ank bijak n dgr cakap insyllh..pastu mkn minyak ikan kod
ReplyDeletePasal makan buah strawberry & minum air soda baru 1 st time tau. Menarik tu
ReplyDeleteas salam minum la air kelapa & susu kambing. insaallah... kandungan kmu selamat.. d kg kami ornk kg jarang minum cola al kohol mereka cuma mngamalkn air kelapa tiap hari. ornk kat sana bukan mati kerana sakit... tp kerana perang. air kelapa tiada tandingan... selamat mncuba
ReplyDeleteAlhamdulilah..berkat brzikir..mnum air klapa pndan dn mkn buah goji..ana bersalin sangat mudah.msuk labour room xsmpai stgh jam dh bersalin.
ReplyDelete