Sunday, December 13, 2009

Khasiat Mandi Susu

Selain untuk kesihatan, mandi susu juga dapat mencerahkan dan melembutkan kulit. Mandi susu adalah amalan ratu mesir iaitu Cleopatra supaya kulitnya putih ,lembut dan gebu. Mandi susu juga popular di kalangan pengusaha salun-salun kecantikan dan spa yang menawarkan pelbagai jenis mandian.

Sebenarnya kita boleh lakukan sendiri dirumah kerana kosnya yang sangat rendah berbanding jika anda mendapatkan perkhidmatannya di salun. Sebaiknya sebelum anda berendam dengan air yang bercampur susu, anda di nasihatkan untuk scrub tubuh anda terlebih dahulu untuk membuang sel-sel mati sekaligus membuat kulit anda terasa lembut setelah itu bilaslah tubuh anda dengan air suam.

Kemudian sediakanlah ramuan untuk mandian susu. Gunakanlah satu cawan penuh susu tepung ( apa-apa jenama pun boleh digunakan ) lalu di cairkan di dalam mangkuk. setelah itu masukkan ke dalam tab mandi yang diisi dengan air suam. Bagi mendapatkan suasana yang lebih relaks, campurkanlan sedikit garam mandian ke dalam tab mandi anda. Berendamlah selama beberapa lama yang anda inginkan dan biarkan kering sedikit di kulit anda kemudian bilaslah.

Bagi sesiapa yang tiada tab mandi, lumurkanlah susu yang telah dicairkan keseluruh tubuh anda, biarlah ia kering seketika, kemudian bilaslah seperti biasa. Lakukanlah dengan kerap dan lihatlah sendiri perbezaan kulit anda.

No comments:

Post a Comment