Salam....
Sekarang ni baby tido.... saya pun terasa gatal2 tangan nak mengupdate blog saya ni..... Actually sekarang ni hari ke 6 saya berpantang!.... hari pertama saya memang tak dapat bangun kerana luka pembedahan saya masih terasa sakit. Tapi hari kedua dan ketiga dah boleh bangun sikit2 utk bergerak ketandas walaupun masih sakit dan perlu dibantu. Hari ke 4 baru rasa ok sikit, walaupun masih sakit tapi dah kurang sikit.
Actually ni first time saya melahirkan baby melalui pembedahan... ramai yang tanya mana yang lebih sakit samaada secara normal atau pembedahan. Terus terang saya kata dua2nya memang sakit. Cuma sakitnya berbeza!. Sakit bersalin normal lebih pendek ( paling teruk pun 10 - 12 jam ). Sakit bersalin melalui pembedahan lebih panjang ( lebih kurang seminggu menahan sakit dan kena jaga sangat2 di bahagian perut yang luka).
Pemakanan dalam pantang kena jaga... saya suka makan banyak sayur2an masa dalam pantang. Walaupun orang tua2 kata sesetengah jenis sayur tak elok sebab sejuk, tapi saya tak peduli, saya tetap makan jugak!!! Ikan, ayam dan daging saya tak berapa ambil.... cuma saya letak ikan bilis banyak2 dalam sayur saya utk dapatkan kalsium. Saya memang jaga sangat2 agar saya cepat baik dan dapat melakukan aktiviti seperti biasa...
Terimakasih sangat pada my hubby dan anak2... kerana sepanjang saya sakit dia menjaga dan menguruskan saya dan anak2. Dari memasak, menguruskan keperluan saya masa dlm pantang, menguruskan baby, menguruskan 2 lagi anak saya yg lain, mengemas rumah, membasuh kain serta lampin baby dll. Setiap malam dia tertidur kepenatan sambil berdengkur!! Tapi bila tengok babynya, wajah yang penat tu bertukar senyum hingga ketelinga.... Terima kasih papa!!! luv u so much!!
Saya bersalin kat KPMC Kajang! Anak pertama dan kedua saya lahir di hospital kerajaan. Tapi untuk yang ketiga ni saya bersalin kat hospital swasta memandangkan usia saya dan tekanan darah tinggi saya yang semakin naik. Suami saya dapatkan khidmat doktor pakar agar saya dan baby selamat. Kos bersalin kat sini untuk normal Rm 1100 - Rm 1800 ( bergantung pada bilik yg anda ambil sama ada single, twin atau 3 katil ). Untuk bersalin secara pembedahan sediakanlah duit dalam Rm 4500 - rm 5000. Layanan kat sini memang tip top!!. Kakitangannya sgt baik dan ramah!!
Saya tanya doktor saya tak pernah ada darah tinggi ... kenapa tiba2 tekanan darah saya naik.... doktor kata bila usia meningkat ginjal dan organ2 saya tak cukup kuat untuk menampung 2 org ( diri saya dan baby). Keadaan tu yg menyebabkan tekanan darah meningkat... Bila dah bersalin elok pulak tekanan darah saya normal balik...
Gambar kat atas tu gambar saya beberapa minit selepas pembedahan... waktu ni kaki masih kebas, kepala tengah pening kerana ubat bius dan saya mengigil kesejukkan kerana bilik pembedahan tu tersangat-sangat sejuk!!! Sepanjang pembedahan memang tak rasa sakit kecuali pening dan sejuk sahaja....
Wajah gembira my hubby memangku putri bongsunya...
Baby mendapat ciuman dari ibu saudaranya.....
Kakak Anis pun tak ketinggalan nak bergambar dengan baby...
Abang Aiman tengah belajar2 nak pegang baby.....
Nilah wajah cahayamata baru saya... Nur Sarah Marissa!! Welcome to our life swetheart!!!
No comments:
Post a Comment