Thursday, July 22, 2010

Akibat banyak mendengar kata-kata orang





















Mengapa kita selalu dilanda kegagalan!!!....salah satu sebab mengapa kita selalu tidak berjaya dalam mencapai kejayaan kerana kita terlalu banyak mendengar kata-kata orang. Terlalu banyak mendengar komen negatif juga tidak baik. Jika ingin berjaya mencapai hasrat kita haruslah tetapkan pendirian dan fokus sahaja apa yang ingin kita capai. Jangan hirau apa kata orang di sekeliling... yang penting niat atau tujuan kita itu baik dan tidak menyalahi agama...

Ada satu kisah yang ingin saya kongsikan tentang terlalu mendengar kata orang.... harap kisah ini membawa iktibar.........


Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Al-Hakim telah
masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya
mengikut daripada belakang. Melihat tingkahlaku Luqman itu, setengah
orang pun berkata;

“Lihat itu, orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki”.
Setelah mendengar desas-desus daripada orang ramai, maka Luqman pun
turun daripada himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu.
Melihat yang demikian, maka orang di kawasan itu berkata pula;
“Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu”.

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas
belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai
pula berkata lagi;
“Lihat itu, dua orang menaiki seekor himar, sungguh menyeksakan himar itu”.

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan
anaknya turun daripada himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang
berkata;
“Lihat, dua orang yang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderaikan, membazir”.

Dalam perjalanan ke rumah, Luqman Al-hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya;
“Sesungguhnya tiada seorang pun terlepas daripada percakapan manusia.

Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan
pertimbangan Allah s.w.t sahaja (pandangan manusia yang baik boleh
diambil). Barangsiapa mengenali kebenaran, itulah yang menjadi
pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu”
selagi apa yg menurut pertimbangan akal kita adalah baik maka
pedulikanlah mulut manusia yang memang tidak boleh ditutup..manusia juga
tetap ada dua golongan iaitu yang menolak kebaikan dan menerima
kebaikan..carilah redha Allah dalam setiap perbuatan bukan redha manusia
dengan setiap umpatan atau cacian..

sumber gambar dari sini.

No comments:

Post a Comment