Thursday, July 15, 2010

Kisah Anak yang memuliakan Ibu dan Bapa

Salam pagi Jumaat......

Saya sangat tertarik dengan kisah ini.... dan rasa terharu dengan kisah si anak yang sangat taat ini!!! Semoga kita semua termasuk dalam golongan ini..... Amin!!.... so saya ingin kongsikan semoga kita semua mendapat pengajaran daripadanya!!!!

Satu cerita tentang kisah “seorang anak yang memuliakan kedua ibu bapanya walaupun ibu bapa telah bertukar menjadi babi”.

Di zaman Nabi Musa a.s ada seorang pemuda yang memuliakan ibu bapanya. Lalu Nabi Musa a.s pergi ke rumah pemuda itu untuk melihat apakah amalan yang dilakukannya itu. Setelah memberi salam pemuda itu menjemput Nabi Musa a.s masuk ke dalam rumahnya. Baginda pun duduk di ruang tamu rumah pemuda tersebut.

Namun pemuda itu tidak melayan Nabi Musa a.s dan hairanlah Nabi Musa akan tingkah laku pemuda itu, dia terus masuk ke dalam bilik kemudian membawa seekor babi betina keluar dari bilik itu, dia mendukungnya dengan cermat, kemudian memandikannya. Nabi Musa sekali lagi kehairanan dan berbisik sendiri di dalam hati baginda ” apakah ertinya semua ini?”

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap hingga kering serta dipeluk dan dicium kemudian dihantar semula ke dalam bilik tadi. Selepas itu pemuda itu keluar semula dengan seekor babi jantan pula dan lebih besar sedikit dari yang tadi. dan diperlakukan seperti babi yang sebelumnya juga.

Selepas semua kerja selesai barulah ia melayan Nabi Musa a.s. Lalu Nabi Musa a.s bertanya kepada pemuda itu tadi ” Apakah agama tuan hamba?” . “Islam agamaku” jawab pemuda itu ringkas. ” Habis kenapa kamu membela babi?” tanya Nabi Musa a.s lagi.

Wahai tuan hamba kedua-dua babi yang aku dukung, dan aku mandikan itu tadi ialah ibu bapa kandungku, Oleh sebab mnereka banyak melakukan dosa besar, Allah telah menukarkan rupa mereka kepada rupa babi yang hodoh. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain, itu urusannya sama Allah. Aku sebagai anak tetap melaksanakan tanggungjawabku kepada mereka berdua. Hari-hari aku berbakti kepada kedua orang tua ku itu sepertimana yang tuan hamba lihat tadi”.

sambungnya Setiap hari aku berdoa semoga Allah berikan rupa ayah dan ibu muka rupa mereka yang asal, tetapi Allah belum lagi mengkabulkannya, tambahnya lagi

Maka ketika itu juga Allah berfirman dan menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s “Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti hasil baktinya yang sangat tinggi kepada ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dan hodoh dengan rupa babi pun dia tetap juga berbakti. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami”.

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud ” Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat ibu bapanya yang Kami sediakan di neraka telah kami tukarkan / pindahkan ke dalam syurga”.

Begitulah tadi wahai pembaca betapa mulianya si anak itu yang sanggup berbakti kepada kedua ibubapa walaupun rupa keduanya telah ditukar oleh Allah menbjadi sangat buruk. Ini kan pula kita ibu dan ayah kita masih handsome ibu pula masih ayu.. sanggupkah kita mempersiakan mereka.

Ustazah sudah tidak ada ibu bapa lagi kerana kedua2nya telah pun kembali ke rahamatullah, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin dan syuhada’.

Wassalam


Sumber : Ustazah Azimah

No comments:

Post a Comment